Ada Apa Dengan Hujan

By | 12/11/2011

Salam kasih sayang..
Dari pagi tadi hujan tak berhenti, nak pergi start kereta company yang hanya park depan ofis pun susah..

“sayang saya pada awak sebanyak air hujan” itu kata-kata seseorang pada saya, tapi apa yang buatkan saya tidak memandang dia dan terus pergi dari kehidupan dia hanya kerana sikap dia..

Hidup saya bukan untuk kena maki atau kena hina, dari saya hidup dengan orang yang sebegitu rupa ada baiknya saya tidak ada sesiapa.. Kaya macam mana pun dia, saya tetap tidak akan pandang pada orang seperti itu..

Kalau belum apa-apa lagi dah maki hamun inikan pulak bila dah nikah mungkin lagi teruk keadaannya. Alasan yang di berikan sangat mudah.. Semuanya kerana sayang..

Kalau sayangkan seseorang perlu ke sampai maki hamun? Mungkin saya tidak sebaik mana tapi saya juga ada perasaan..

En.A jugak buatkan saya sikit pun saya tidak memandangnya, sekali pun dia kaya dan boleh berikan apa saja yang saya mahukan tapi ada satu sikap dia yang buat saya jauhkan diri dari dia..

Bukan terlalu memilih tapi memang kena ada pilihan dalam kehidupan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.