Selamat Tinggal Itu Bukan Mudah Sebenarnya

By | 31/10/2011

Salam kasih sayang
bukan niat mahu ucapkan selamat tinggal cuba mahu pergi muhasabah diri untuk seketika waktu. mahu mencari apa yang hilang selama bertahun-tahun lamanya..

bukan mudah untuk ucapkan selamat tinggal sebenarnya untuk menulis kata itu pun tidak mampu rasanya.. tapi apa yang di cari lebih penting dari kata-kata itu..

mungkin tidak akan ada update dari aku untuk seketika waktu, aku tak tahu berapa lama apa yang pasti aku tetap akan kembali..
jika aku terlalu fikir akan kehidupan dunia maya aku tak akan dapat apa yang mahu aku cari..

bila aku kembali sekali pun aku masih belum jumpa dengan apa yang aku cari aku tetap akan ucapkan selamat tinggal pada seseorang, seseorang yang hadirnya untuk seketika dalam kehidupan aku.. bukan setakat di alam maya tapi di alam nyata juga…

aku tetap akan pegang pada janji kau biar apa pun yang jadi, aku tahu andai aku mungkiri janji bukan kesannya bukan pada kehidupan aku saja tapi pada dia juga jadi biarlah semuanya terkubur begitu saja dan akan aku anggap tiada apa yang pernah jadi…

sebelum aku tinggalkan semua ini untuk seketika waktu, aku mohon maaf andai bicara aku agar keterlaluan, andai ada sikap aku yang tidak menyenangkan aku mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

terima kasih kerana menjadi sahabat aku, aku harap biarlah persahabatan kita akan kekal hingga bila-bila walaupun kita hanya berhubung melalui alam maya…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.