Lelaki Hebat Di Mata Aku

By | 08/10/2011

“kau tengok lelaki tuh mesti dia hebatkan, tengok gaya pun dah tahu dia orang yang hebat. siapa jadi girlfriend dia mesti untung”

pada aku tak semua lelaki yang nampak hebat sebenarnya hebat dan boleh di guna pakai.. kenapa aku kata macam tuh?

Aku tak pandang seseorang lelaki dari fizikal luaran tapi aku akan nilai dulu jauh mana hebatnya seseorang lelaki itu..

biasanya lelaki yang nampak hebat nieh benarnya tak lah hebat mana, hanya cakap saja lebih tapi hasilnya sangat mengecewakan dan menghampakan..

Kawan : ehh kau dah 26 tahun kan?
Aku : kenapa?
Kawan : rasanya kan dah sesuai sangat kau kawen
Aku : erkk, muda lagi lah buat apa kawen awal
Kawan : perempuan kalau dah tua tak ada siapa nak
Aku : kau dah 32 kan tahun nieh
Kawan : aku lelaki tak apa, dari perempuan bila dah tua mesti dah tak %^$%$^%&&
Aku : hahahahaha kau hebat sangat ker
Kawan : well, kalau tak, tak kan ada yang tergila-gilakan aku
Aku : hahahah biasanya orang yang kata dia hebat sebenarnya tak lah hebat mana..
Kawan :boleh cuba kalau nak tahu hebat atau tak
Aku : erkkkk kau hingat aku apa…
Kawan : betul apa aku kata..

itu perbualan yang agak sengal ada kalanya, memang orang yang jenis tak sayang mulut nak mintak kena cili mulut tuh…

Aku pernah jumpa seorang lelaki yang selalu cakap dirinya hebat dan belum ada yang dapat kalahkan dia.. tapi sebaliknya yang berlaku aku hanya gelak saja sebab aku dah tahu kenyataan yang sebenar…

sebab tuh aku tak pernah kata seseorang lelaki tuh hebat dan hensem atau apa-apa yang berkaitan dengannya… sebab penilaian aku bukan hanya dari luaran saja tapi dalaman.. benarnya tak payah pun test bagai yang kawan aku katakan tuh sebab sudah boleh baca dari cara seseorang tuh…

aku paling menyapah bila seseorang lelaki selalu bangga-banggakan diri sendiri sedangkan dia sendiri tahu hakikat yang sebenar.. cuma dia tak mahu kalah dengan lelaki lain.. biasalah kan ego lelaki kan tinggi… jatuh saham lah kalau orang tahu kelemahan…

lelaki hebat tidak akan tunjukkan dia hebat, lelaki hebat tak akan sakiti orang yang mereka sayangi..


sekarang aku nak tanya pada rakan-rakan blogger pendapat dan komen korang tentang lelaki hebat ini ….



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.