Kenapa Cepat Sangat Terpengaruh Dengan Sesuatu Isu

By | 29/10/2011

Salam kasih sayang

agak lewat aku update blog, salah satunya di sebabkan line internet aku terputus selama beberapa jam.. dekat-dekat pukul 1 pagi macam tuh baru kembali seperti sedia kala.. jadinya banyak benda yang tergendala..

beberapa hari lepas aku ada terbaca tentang sesuatu tentang animation Upin & Ipin.. ada yang mengatakan animasi Upin & Ipin merupakan agenda yahudi..

kalau hanya kerana tafsiran nama aku rasa tak perlulah buat andaian sebegitu, lagi pun nama dalam siri Upin & Ipin tuh mereka dapat secara spontan.. yang paling penting siri Upin & Ipin tuh di buat dekat Malaysia bukannya di Buat Dekat negara luar, jadi isu agenda upin & ipin nieh tak sepatutnya timbul …

lagi pun siri upin & ipin mengajar kanak-kanak melakukan kebaikan dan di selitkan dengan unsur-unsur agama yang mudah di fahami oleh kanak-kanak … aku tak nampak pun ada unsur-unsur mengajar benda yang tak baik di situ..

sepatutnya kita perlu support produk buatan malaysia bukannya memperkecilkan produk malaysia .. kalau animasi dari luar boleh jer di terima kenapa tidak animasi dari negara kita yang tak kurang hebatnya..

kalau nak ikutkan animasi dari luar terang-terang ada unsur-unsur mempengaruhi minda kanak-kanak agar terpengaruh …

jangan lah terlalu percaya dengan fakta yang tiada bukti yang kukuh silap hari bulan boleh kena sama, korang ada banyak duit ker nak bayar saman..

aku selalu peratikan kebanyakkan dari kita nieh cepat sangat berkongsi maklumat yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkal cerita. bila cerita sudah tersebar meluas dan kebenaran terbukti baru nak fikir.. masa tuh untuk tarik balik apa yang dah kita katakan memang tak ada gunanya..


Nota : jangan menulis ikut kata hati, jadilah penulis yang berhemah dan mempunyai identiti tersendiri


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.