Keluar Dari Balang Kaca

By | 11/10/2011

boleh tak aku nak jadi macam dulu-dulu?

tidak ada siapa yang kenal dengan aku yang hanya menulis untuk kepuasan sendiri dan hanya di baca oleh orang-orang tertentu saja?

boleh tak aku nak jadi macam dulu-dulu?
hanya hidup dalam balang kaca yang tak ada siapa kacau aku, hidup dalam dunia yang aku cipta…


Jawapan ….
keadaan dah berubah aku yang mahu di kenali dan aku sendiri yang keluar dari balang kaca tuh dan biarkan orang lain masuk dalam dunia yang aku cipta.. untuk masuk balik dalam balang kaca tuh itu tidak mungkin melainkan aku bertindak drastik…

makin hari banyak benda yang singgah dalam kehidupan aku, makin banyak benda yang datang, makin banyak yang aku perlu aku tepis.. bukan tidak mahu bercampur dengan sesiapa cuma ada kalanya aku rasa yang aku tak mampu nak gembirakan semua orang dan penuhi kehendak semua orang..

macam semalam aku nampak seseorang, seseorang yang tak sepatutnya ada dalam kehidupan aku yang selama ini tak pernah aku sangka akan ada dalam kehidupan aku…
aku cuma pandang dalam masa yang sama apa yang aku fikirkan hanya satu pekara aku tahu dan dia juga tahu akan kenyataan yang memang pasti….

ada masanya aku berdoa agar aku tidak akan jumpa dia tapi kenyataannya aku elak macam mana pun aku tetap akan jumpa dia dalam keadaan-keadaan tertentu.. cuba aku sebolehnya cuba elak kan dari bertembung dengan dia…

dan aku sudah putuskan untuk pergi sejauh yang boleh dan buang semua apa yang pernah tertulis dan anggap tidak ada apa yang pernah berlaku… tidak mengapa dia sentiasa di keliling ramai orang jadi tidak mengapa andai aku tiada…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.