Kata Dari Hati Aku Untuk Aku

By | 06/10/2011

“apa kena dengan kau nie mia”


“tak ada apa, aku ok jer”

“aku tengok kau macam tak ok jer”

“ada benda yang buat aku jadi serabut”

“kan aku dah kata jangan tapi kau degil”

“kau tahu aku macam mana kan”

“aku lebih tahu kau macam mana tapi aku kan dah kata jangan”

“tapi..”

“itu bukan caranya”

“apa lagi aku nak buat”

“aku tahan kau dari kau buat benda yang bukan-bukan, lagi pun dah setahun boleh jer kau tempuhi”

“mungkin waktu tuh aku tak boleh nak fikir dengan waras”

“aku dah tak tahu dah nak tolong macam mana”

“mana kau pergi aku tetap ada dengan kau kan”

“itu memang lah tapi aku nak kau sayang diri kau”

“hermmm”

“malam tuh kau tak patut ada dekat tempat tuh kan”

“memang lah tapi aku yang mahu ada dekat situ”

“kau tahu kan apa akan jadi lepas tuh”

“memang lah aku tahu sebab aku yang rancang semua tuh”

“dan sekarang apa kau dapat? rasa sakit hati jer kan..”

“diam lah.. aku tahu aku salah”

“aku nak kau kembalikan keadaan macam asal dan anggap semua tuh tak pernah jadi”

“aku cuba”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.