Entry Lucah Apa Yang Best Nya

By | 02/10/2011

Salam kasih sayang buat semua pembaca..

macam agak lama saya tak update blog jer walaupun cuma satu hari saya tinggal kan blog tanpa ada update terbaru kerana ketiadaan mood dan kesibukan urusan seharian…

Beberapa hari nieh saya perhatikan banyak blogger yang update blog mereka tentang entry lucah, saya jadi penasaran untuk apa mereka update entry tersebut adakah kerana mereka-mereka ini mahu mengejar trafik atau sebaliknya..

Saya akui ada jugak saya tulis entry tentang itu tapi sekadar untuk mencuba keyword tersebut, ternyata hasilnya di luar jangkaan saya.. dan tak kurang jugak yang menghentam saya kerana menulis entry sebegitu…

apa yang boleh saya katakan di sini kebanyakkan pembaca memang suka baca entry-entry sebegitu, itu memang lumarah semula jadi manusia agaknya..

Paling agak ketara entry-entry tersebut di ping dekat merata tempat hingga buat wall begitu penuh.. rasanya ini bukan sesuatu yang baru dalam dunia blogging…

kalau dulu-dulu sekitar 6 tahun lepas kebanyakkan blogger lebih suka menulis tentang kehidupan seharian mereka saya juga begitu sewaktu mula-mula pandai berblog, waktu itu saya masih lagi belajar..

zaman semakin berubah, cara penulisan juga turut berubah sepenuhnya.. ada jugak yang menulis tentang SEO, sungguh hingga kini saya masih lagi tidak tahu apa fungsi sebenar SEO tuh walaupun sudah banyak saya baca tentang itu tapi masih lagi susah nak faham sepenuhnya…

dan saya juga masih lagi belajar tentang banyak pekara tentang blog, saya akui kalau kena gayanya boleh menjana penapatan yang agak lumayan. tapi saya tidak menulis blog kerana pendapatan samping, saya menulis blog kerana mahukan kepuasan..

Paling penting saya cuma elak menulis isu yang boleh membuatkan saya kena hentam dengan teruk oleh pembaca-pemaca blog ini..

Ada juga blogger yang menulis entry yang nampak begitu hebat dan seakan boleh buat orang lain terkesan tapi hakikatnya hanya penulis saja yang tahu akan kenyataan yang sebenar..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.