Boleh Ke Macam Tu

By | 10/10/2011

Sejak minggu lepas aku meroyan dan update status macam orang tak cukup kasih sayang.. Bukan tak cukup kasih sayang tapi ada sebab yang buat aku meroyan

pagi semalam ada seseorang sms aku, tengok masa sms tu sampai tak lah lambat sangat dan tak lah cepat sangat cuma aku je yang lambat baca sms tu.. Yang buat aku bengang tiap kali dalam sms tu mesti ada perkataan “tapi” tak faham betul aku..

Yang tu tak kisah lah lagi nie sudah lah berjanji lastnya boleh pulak buat janji dengan orang lain dalam masa yang sama.. Lastnya aku diam langsung tak mesej..

Macam mana lah aku tak meroyan.. Sabar je lah aku kalau tak ikutkan sabar lama dah aku putuskan untuk tak mahu berhubung dengan orang tu..

Kurang dari 1 jam untuk aku berangkat tinggalkan pejabat, harap perjalanan aku berjalan lancar tanpa ada masalah.. Lagi pun target aku kurang dari 30 minit aku dah boleh sampai tempat yang mahu aku tuju..

Tapi sekarang aku tengah serabut banyak benda yang jadi kat pejabat nieh.. Rasa macam nak pengsankan diri pun ada nieh.. Sah-sah semua orang akan cari aku sebab stress aku tinggal kan kerja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.