Bila Aku Jatuh Cinta #7

By | 04/10/2011

Dah agak lama aku tak menulis entri macam ni. Mood jiwang dah kembali kebelakangan ni.

Jadi, apa yang perlu dilakukan bila jatuh cinta adalah “Menerima dia apa adanya”.

Walaupun korang tak cuba tapi bila korang dah betul-betul cintakan seseorang korang akan terima diri dia seadanya. Tak kisahlah penagih dadah ke, pembunuh ke, perompak ke.. Percayalah, benda ni takkan dapat dielakkan.

Itu kalau yang buruk.

Sebab itulah orang kata cinta itu buta, sebab manusia selalu dibutakan oleh cinta. Dan selalu juga tak perasan bahawa cinta tu palsu. Akhirnya diri sendiri yang rugi dan terus menyepikan diri.

Kalau yang buruk pun manusia boleh terima apatah lagi kebaikan yang dapat dilihat pada orang yang dicintai. Walaupun dia cuma tolong buang sampah gula-gula korang korang tetap besar-besarkan cerita tentang kebaikan diorang.

Itulah kehebatan cinta.

Tapi janganlah sampai cinta korang tu membinasakan korang. Itu je nis nak pesan. Tak semua cinta itu sejati, tak semua cinta setia, tak semua cinta kekal.

Tapi tak semua cinta itu palsu, tak semuanya curang dan tak semuanya sementara.

Biarlah bercinta dengan cinta sejati dan kekal hingga ke syurga..

NotaBuku:
Ada orang ingat aku dan dia suami isteri. Bila aku ceritakan pada dia, dia cuma kata, “Itu doa tu,” ^_^
Yalah.. Aminkan saja.. Bukan senang nak dapat pasangan yang serasi, bila dah jumpa, hargai dan jaga dengan sebaiknya. Serasi sampaikan orang boleh nampak keserasian tu walaupun sebenarnya tak ada hubungan apa-apa. Yang ada hanya perasaan, dan komitmen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.