Rumah Terbuka Perdana Menteri

By | 17/09/2011



Jom bersuka ria kejap baca entry aku yang mungkin panjang berjela hingga korang malas nak baca.. tapi tak lah panjang sangat entry nieh jangan risau sangat yer.. jadi teruskan baca sampai habis apa yang aku nak kata nieh..


Baru balik dari i-city shah alam sempena rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia, sampai sana orang dah penuh sedangkan belum pukul 4 petang lagi…

Aku tak makan pun just tangkap gambar jer, bukan tak mahu makan kalau nak tunggu turn ambik makanan pun dah sejam baik tak payah makan kan kan kan, sudah tuh temat makan yang di sediakan pun…

boleh di panggil tempat makan ker kalau tak ada meja makan?
itu sangat aku tak berapa nak suka bila makan terpaksa duduk dan pegang pinggan…

kesian aku tengok mereka yang datang dengan bawak anak kecik terpaksa jalan jauh untuk sampai ke tempat tuh, dan kena bersesak-sesak dengan orang ramai.. walaupun cuaca tak panas tapi bila orang terlalu ramai akan buat rasa tak selesa..

lagi satu kesian aku tengok ada makcik-makcik yang terpaksa duduk dekat kaki lima dan tepi longkang untuk makan di sebabkan tempat duduk tak cukup.. macam mana nak cukup kalau satu orang guna 3 kerusi.. untuk duduk satu, untuk letak barang satu dan untuk letak makanan satu … tak ada kesedaran sivik tul orang macam tuh…

tapi aku rasa macam ada double standerd jer, yer lah tempat orang-orang kenamaan punya lah cantik tapi tempat rakyat jelata??? bukan lah nak suruh sama taraf tapi sekurang-kurang nya sediakan lah tempat makan yang cukup dan apa salahnya letak meja, meraka yang datang tuh bukan nya lama mana pun paling tidak lepas makan diorang akan balik..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.