Perlu Ada Pendekatan Untuk Menegur

By | 10/09/2011

Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menegur seseorang, bukannya dengan ikut suka hati kita lebih-lebih lagi kita nak tegur orang yang tak berapa nak rapat dengan kita..

Kena fikirkan jugak penerimaan orang yang mahu kita tegur dan perasaan mereka. sebelum kita menegur seseorang perlu tengok diri sendiri terlebih dahulu sama ada layakkah kita untuk menegur orang lain..

Beberapa hari nieh banyak pulak rakan blogger yang menulis tentang perempuan yang tidak menutup aurat. Aku akui menutup aurat itu WAJIB pada semua PEREMPUAN..

untuk menegur seseorang lebih-lebih lagi melibatkan isu sensitif perlu ada caranya, jangan sampai bergaduh dan hilang kawan.. ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak beterabur..

Kalau dah tahu perempaun yang kawan dengan seseorang lelaki tuh tidak tutup aurat perlulah gunakan pendekatan yang baik untuk mengubah penapilan perempuan tersebut bukan nya dengan marah-marah dan maki hamun..

Dan kalau dah tahu perempuan yang kawan dengan seseorang lelaki tuh tak boleh nak di bimbing dan lelaki tersebut mahukan perempuan yang seperti yang di mahukan cari saja perempuan yang sudah lengkap.. jadi tak perlu tanggung dosa bila dah kawen nanti…

“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..” Bunyi macam senang ? Nah ni erti sebenar dia:
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.”
Aku bukan orang yang tak boleh terima nasihat, tapi kalau orang yang nak tegur aku tuh perangai pun tak sebaik mana dan cara teguran boleh buat aku panas hati jangan kata nasihat apa pun yang di katakan memang aku tak akan peduli pun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.