Panas Tapi Tak Berapa Panas Sangat

By | 25/09/2011

Beberapa hari nieh aku di serang, serangan jenis apakah ini? setahu dan seingat kau, sepanjang aku menulis blog tak pulak aku kacau sesiapa malah tak ada pulak entry yang aku tulis menghentam sesiapa.. tapi kenapakah aku di serang?


Apa yang best sangat dekat blog aku nie sampai main serang-serang, setahu aku lah kan blog aku nieh biasa-biasa jer, kalau pun ada yang kata blog aku tak best sekali pun aku kisah apa, kalau tak best kenapa masuk dan baca setiap entry aku..

ada yang kata aku perasan #retis !!!
aku nak tanya nieh #retis tuh benda apa, sejenis makanan atau sebuah kenderaan yang tak boleh di gunakan lagi?

aku tak rasa pun yang aku fofular, kalau nak ikutkan ramai lagi yang fofular dari aku.. ada yang kata setakat follower 200++ tak payah nak belagak dan tunjuk bagus..

macam tuh pun ada kah? nieh aku nak bagi tahu dan rasanya aku dah kata banyak kali hal yang sama dalam entry-entry yang lepas, kalau tak faham jugak kenalah aku guna bahasa tamil supaya senang sikit nak faham…

Follower banyak pun belum tentu mereka akan kembali ke blog kita untuk baca apa yang kita tulis, dan belum tentu akan menjana trafikk sama banyak dengan follower.. pasal follower tuh aku tak berapa nak kisah sangat sebab aku tak ambik tahu pun pasal follower tuh.. lagi satu aku tak pernah pulak pergi blog orang lain nak mintak diorang follower blog aku…

cari kalau dapat aku tinggalkan jejak dan mintak diorang follow blog aku, kalau ada memang korang dasar stalker yang tak berhemah lah kan..

isu stalker buat kacau memang berlaku dekat mana-mana pun bukan aku jer yang kena tempiasnya, aku percaya ramai jugak pemilik-pemilik blog terkena tempias stalker yang memang dah tak ada kerja.. kalau berani munculkan diri lah weh..

dari pagi aku siapkan dua blog serentak, sampai aku pening-pening lalat mengadap lappy, asalnya aku nak buat malam semalam tapi malang nya aku tertidur sudah jadi awal subuh aku bangun dan siapkan semua yang tergendala..

tetiba aku rasa ada yang kurang hari nieh, tapi apa aku nak buat terpaksa laluinya hingga minggu nieh habis.. bukan lama mana pun bila ahad berlalu semuanya akan kembali normal..

“kalau kita tahu dia tak jadi kawen tahu lah sebabnya”

kata-kata makan dalam tuh, dan aku terus fikir akan hal yang berlaku sehari sebelumnya.. dari keadaan berterusan dan akan jadi lebih teruk baik aku jauhkan diri.. aku tak mahu ada masalah dan di tuduh yang bukan-bukan..

sorrylah aku belum bersedia untuk ada komitment dengan sesiapa, lagi pun aku jenis cepat bosan dengan orang lagi-lagi orang yang spisis susah aku nak kata… sebab tuh bila ada yang jauhkan diri dari aku, aku buat tak kisah jer dan masih boleh teruskan hidup aku macam biasa…

bila aku bersedia mahu komitment macam-macam hal yang jadi, dan semua tuh buat aku rasa malas nak terlalu percayakan orang dan letak kan harapan…

sebenarnya aku hampir bertunang dulu kala, tapi sebab adanya konspirasi yang tak terduga terpaksa lah aku pergi tinggalkan semuanya.. bukan tak mahu pertahankan apa yang aku ada tapi kalau hati dah mati dan tak ada perasaan memang susah lah..

“awak nieh macam tak ada perasaan jer”
hahahahah memang aku orang yang tak ada perasaan, dan aku susah nak tunjukkan perasaan aku yang sebenar.. sebab tuh untuk sukakan seseorang sangat susah pada aku.. kalau setakat skandal-skandal tuh boleh lah (ayat berani mati)


Orang : kamu nieh kecik jer orangnya, berapa berat?
Aku : erkkk … tinggi tak tahu.. berat ….kg
Orang : ringatnya boleh duduk cam tuh, nak angkat, nak baling-baling, nak lambung-lambung
Aku : nak baling-baling tak kesian kat saya ker

pandangan orang pertama kali berjumpa dengan aku memang macam tuh, aku gelak jer lah dah terbiasa dengan keadaan macam tuh.. buat apa nak marah sebab memang kenyataan nya memang macam tuh.. ada masanya aku gelak jer baca mesej mereka nieh


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.