Entry Santai Raya Ke Empat

By | 02/09/2011

Blog picisan aku yang tak seberapa ini tapi masih ada yang sudi berkunjung ke sini .. terima kasih pada semua yang sudi berkunjung..



Sungguh aku tak pernah rasa aku hebat, sebab masih ada ramai lagi blogger yang lagi hebat dari aku.. jadi dengan rasa rendah diri aku nak kata yang aku tak sehebat mana, jadi jangan lah kata aku hebat..


Aku gembira bila mereka gembira melihat perubahan blog baru mereka yang dah siap di edit oleh aku walaupun tidak seberapa..


Ashserah ( http://ashserah.blogspot.com )
Seripagi ( http://doyansodap.blogspot.com )
Zarra ( http://www.zarra.gomofm.org )


Antara blog yang aku dah siap edit baru-baru nieh, walaupun aku agak tidak berbuas hati dengan hasil kerja aku tapi sedikit sebanyak mereka gembira dengan hasil kerja aku..


dan aku tidak berkecil hati andai mereka sudah tahu macam mana nak edit blog mereka jadi nampak lebih cantik, itu lagi bagus sebab mereka sudah pandai.. aku cuma ajar basic jer kalau nak advance lagi memang aku tak tahu..


blog aku sendiri pun simple jer buat lebih kurang, jadi nampak biasa-biasa jer tak hebat mana pun..


aku ingat lagi masa mula-mula aku bukak blog tahun 2002, masa tuh tak ada toturial pasal blog, jadi sebab nak jugak ada blog aku cuba adjust semua cording yang ada sampai blog aku rosak, ada masanya terus down.. masa aku banyak habiskan dengan blog bila tak ada kelas atau assigment..


bila kawan-kawan aku tengok aku ada blog, mereka pun nak jugak.. diorang suruh aku buatkan walaupun masa tuh aku masih banyak yang tak tahu.. aku kenakan bayaran RM30 setiap blog yang siap di setting dengan template yang mereka mahukan.. tahun macam tuh kira agak mahal jugak lah sebab masing-masing tengah belajar lagi..


finally aku dapat buat macam yang aku nak, tapi tahun tahun 2008 macam tuh aku tutup blog pertama aku tuh sebab banyak sangat isu panas yang berlaku..


tahun 2009 aku bukak blog nieh dengan url asal http://namiacinta.blogspot.com, kenap menpak dari bawah untuk kenalkan blog aku tuh.. pada awal tahun 2011 aku tukar domain ke http://www.namia.gomofm.org sampailah hari nieh


Alhamudillah boleh tarik nafas lega sikit bila banyak peningkatan yang di lakukan dan sudah ramai yang singgah untuk baca apa yang aku tulis..


InsyaAllah dalam masa terdekat ini akan bertukar domain, sedang mencari nama yang sesuai sebelum bertukar.. asalnya aku nak beli hosting sendiri tapi bila fikir balik baik beli domain saja sebab aku tak pakar sangat dalam bab hosting kang terbiar macam tuh jer an akan merugikan aku jugak..


cuti aku masih banyak lagi jadi masa aku banyak di habiskan dengan mengadap lappy buat apa yang patut, nak pergi beraya bukan ada kawan-kawan pun jadi duduk rumah jer lah jawabnya..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.