Entry Santai Hari Raya Ke Tiga

By | 01/09/2011

pagi-pagi aku bangun nampak ada pesanan dari seseorang, lompat kegembiraan aku.. tak terkata apa bila nampak dua header cantik yang berikan pada aku… segan jugak aku mana taknya sampai tiga header yang di buatkan untuk aku oleh kawan baru aku tuh…



Terima kasih banyak-banyak pada kawan baru aku tuh sebab susah payah buatkan header yang cantik.. aku suka sangat-sangat, cumil macam aku jugak header baru tuh (perasan)


raya ke tiga hanya duduk dekat rumah, sunyi jer rumah aku walaupun adik aku dah balik dari terengganu tapi dia dah balik rumah dia pagi-pagi lagi sebab dia dah start kerja hari nieh.. aku jer yang masih cuti panjang..


Aku ingat trafik blog akan down kerana ramai yang pergi beraya tapi ternyata tekaan aku silap, sepanjang 3 hari nieh trafik blog aku tetap mantain malah berlambah pageview … Alhamdulillah walaupun aku lambat update ada kalanya tengah malam baru aku update..


Ada yang kata dekat aku raya-raya pun nak update blog jugak macam gila trafik pun ada.. hahahahaha lawak betul, kalau korang ada dekat tempat aku mesti korang dapat rasa betapa bosan nya aku pada hari raya.. raya pertama jer yang meriah sebab semua ahli keluarga berkumpul lepas tuh masing-masing balik rumah mak mertua.. aku yang masih single nieh lah yang menjadi penghuni tetap.. nak jalan rumah kawan-kawan, aku mana ada kawan dekat shah alam nieh..


Kalau aku hang out pun aku akan keluar sorang-sorang, memang nampak pelik tapi itu lah kebenarannya.. rasanya keluar sorang-sorang lagi best sebab boleh pergi mana-mana tanpa tunggu sesiapa.. lagi pun aku agak rimas kalau keluar ramai-ramai, bukan tak suka dan bukan bermakna aku tak campur orang


masa-masa yang ada nieh boleh lah aku jalan-jalan dekat blog kawan-kawan, tapi satu masalah aku bila start membaca jer mesti aku nantok terus jadi tergendala semua aktiviti aku … hahahahah macam-macam aku nieh kan..


beberapa hari nieh hanya buat entry santai malas nak buat entry serius bagai.. lagi pun aku tak gemar buat entry serius sebab entry serius tak kena dengan jiwa aku…




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.