Edisi Akhir | Jalan-Jalan Taiping

By | 08/09/2011

Sudah kenyang jadi mata pun mengantuk sudah.. Update blog mata dah hampir terpejam phone sudah berapa kali terjatuh

masa aku ada dekat pekan baru parit buntar nak masuk farmasi ada dua orang pakistan tahan mintak derma, aku dah pandang dua orang tu atas bawah.. Yang mak aku pulak dengar sorang pakistan tu bebel..

Mak aku minta RM10, dalam purse memang tak ada duit kecik.. Aku dah cakap dekat mak aku tak payah lah bagi ntah-ntah diorang nie menipu.. Dah mak aku nak sangat bagi aku pun biarkan je lah.. Tapi aku dah tarik muka sampai kakak kat farmasi tu pandang aku..

Aku nie bukan teruk sangat sampai tak mahu bagi sedekah tapi tengok jugak lah orang yang mintak sedekah tu macam mana.. Orang pakistan datang malaysia minta sedekah sebab nak bina masjid.. Aku rasa lebih baik duit yang aku bagi dekat pakistan tu di sumbangkan dekat somalia sana tak aku sakit hati..

Mood aku nak jalan pun dah tak ada, last nya balik rumah ambik barang lepas tu pergi hantar makcik aku dekat bukit merah.. Nie lagi satu hal suka buat kerja banyak kali, kalau bawah semua barang dan terus gerak kan senang nie nak jugak balik rumah..

Sempat jugak b’tekak dengan makcik aku lagi sorang sebelum dia pergi kerja tadi.. Puncanya dia tanya dekat aku bila aku nak kawen, aku jawablah calon tak ada tolong lah cari.. Lepas tu dia cakap apatah aku dah tak dengar, aku cuma jawab kalau aku tak kawen pun bukan susahkan dia, biarlah sakit mata asalkan tak sakit hati..

Mak aku dah pandang takut aku terlepas kata, aku pulak buat-buat tak nampak je.. Datang makcik aku lagi sorang terus dia kata nasib hang tak tinggal dengan dia kalau tak hari-hari riuh renda..

Dekat rumah pun aku jarang cakap dengan mak aku, balik kerja terus masuk bilik tak keluar-keluar dah melainkan kalau mak aku panggil..

Tambah buat aku marah sebab mak aku ubah plan nak balik sabtu, padahal awal-awal lagi aku dah bagi tahu nak balik jumaat.. Nie pertama dan t’akhir aku datang kalau kena naik bas..

Rindu sangat dekat baby lappy, bukan dekat baby lappy je yang aku rindu dekat kawan-kawan pun aku rindu jugak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.