Dalam Tidak Sedar

By | 27/09/2011

Berapa banyak kali aku tutup aircon, sungguh aku tak tahan sejuk.. Tak mampu nak tanggung beban kesejukkan sejak dua menjak nie..

Mood aku down sangat-sangat hari nieh, pagi-pagi dah kena maki sebab salah sikit.. Malas layan aku padamkan phone seketika tapi perasaan aku susah nak gambarkan..

Pergi akaun department seorang rakan tanya dekat aku kenapa aku dah tak banyak cakap dan lama tak lepak dengan mereka.. Rasa nya tak ada benda penting yang aku nak kata kan dan tak ada point untuk aku lepak dengan mereka..

Hakikatnya banyak sebab kenapa aku jauhkan diri dari mereka, bukan dengan mereka je malah dengan semua orang yang ada dekat ofis aku. Kalau bercakap pun sebab urusan kerja selebihnya memang tak ada lah..

Aku tak tahu berapa lama lagi keadaan akan berterusan macam sekarang, mungkin selagi aku kerja dekat sini selagi tu lah keadaan akan berterusan..

Kalau lah hari-hari yang aku lalui tidak seperti hari ini, dan semangat aku sama macam suatu ketika dulu kan bagus.. Sampai satu tahap aku rasa mahu berhenti minta dekat tuhan, kerana tuhan tak pernah beri apa yang aku mahu kan setelah aku berusaha dapatkan apa yang aku mahukan tapi hampa..

Aku pernah tanya soalan boleh kah orang islam masuk gereja dan boleh kah orang bukan islam masu masjid, tapi jawapan yang aku dapat tidak seperti yang aku mahukan.. Sampai aku rujuk pada mereka yang lebih arif tapi sama jugak jawapan yang aku terima..

Jadi tahu lah aku bahawa mereka-mereka ini hanya tahu apa yang jelas dan sudah tertulis dalam al-quran selebihnya hanya mereka yang tahu..

Dan aku tak mahu soalan-soalan aku di jadikan isu dan aku di tuduh menyalahi ajaran islam..

Sungguh hari yang sangat membosankan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.