Apa Aku Nak Kata

By | 24/09/2011

Mood aku untuk berblogging memang tak ada sejak dua menjak nie, entah kenapa aku jadi malas sangat-sangat.. Perasaan aku tengah down sekarang nie, tak tahu berapa lama akan begitu

semalam aku terbaca satu entry dekat blog sorang blogger nie, aku senyum je tapi tak meroyan pun lagi pun tak ada sebab aku nak meroyan.. Kerana aku lebih tahu hakikat sebenar..

Beberapa hari nie aku hanya fikir tentang sesuatu hal yang tak pernah bertandang dalam kehidupan aku.. Dan aku tak pasti sampai bila ianya akan aku lalui.. Ada masanya aku rasa macam tak berapa nak patut tapi aku sendiri yang mahukan begitu

malam semalam sempat cakap dengan bos beberapa pekara penting, walaupun ada masanya aku tak suka dengan cara dia selesaikan masalah tapi pendekatan yang dia ambil amat menyenangkan aku.. Dan aku rasa dia faham apa yang aku lakukan..

Aku buat bukan untuk aku walaupun pada asalnya memang begitu tapi bila keadaan jadi terbalik aku akur.. Mungkin keadaan tidak berpihak pada aku.. Aku memang tak akan dapat apa-apa kalau apa yang tengah berjalan nie berjaya dan aku tak mahu apa-apa cukup sekadar KEPERCAYAAN..

Janji aku pada seseorang sama jugak macam janji aku pada mereka yang percayakan aku.. Sampai bila-bila pun aku akan pegang pada janji aku walaupun akan datang keadaan memaksa aku lupakan janji tersebut..

Beberapa hari nie banyak pekara penting yang aku terlepas, untuk follow up terasa malas pulak.. Memang aku malas sangat-sangat sejak dua menjak nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.