ZaKaT iTu WajiB | SiLa Bayar Zakat Kalau Belum Bayar

By | 18/08/2011


Apa erti raya kalau tak bayar zakat, bukan kah bayar zakat itu wajib.. Aku percaya ramai antara rakan-rakan pembaca sudah membayar zakat pada yang belum bayar zakat tuh cepat-cepat lah pergi bayar zakat jangan tunggu saat akhir baru nak bayar zakat.


Aku start bayar zakat umur 20 tahun kalau tak salah aku, habis jer belajar aku terus kerja dan start jer kerja ayah aku ingatkan aku tentang bayar zakat jadi sejak tuh aku akan ingat.. Alhamdulillah hingga sekarang aku tak pernah lupa bayar zakat..


Tak aku nafikan ada jugak yang terlupa untuk bayar zakap, pada aku benda wajib macam tuh tak sepatutnya di lupakan. dan jangan lah di pandang remeh hal tersebut walaupun nampak kecik…


Kerana setiap titih peluh yang kita dapat kena jugak kita ingat ada isan lain yang memerlukannya.. dengan zakat yang kita bayar itu lah akan di sumbangkan kepada mereka yang memerlukan..


Sebenarnya untuk buat amal kebajikan banyak caranya tak semestinya dengan membayar zakat, mungkin ada yang kata “saya sudah bayar zakat jadi itu sudah mencukupi” sebenarnya kata-kata itu salah kerana dalam malaysia nieh ramai fakir miskin yang memerlukan bantuan dari kita sebenarnya cuma kita je yang tak begitu prihatin dengan keadaan begitu..


Walaupun zaman semakin maju dan teknologi semakin canggih masih ada insan yang kekurangan jadi apa salahnya kita berkongsi apa yang kita ada dengan mereka walaupun tidak banyak yang kita sumbangkan..


Cuba letakkan diri kita di tempat mereka, bagaimana susahnya mereka mahu mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan keluarga mereka.. kita yang hidup dalam kemewahan harus bersyukur dan selalu kena ingat tak selamanya kita akan berada dalam kemewahan andai satu hari kita jatuh orang lain akan bantu kita.. bukan kita minta di balas tapi sudah menjadi hukum karma perbuatan baik akan di balas dengan kebaikan..


walaupun aku nieh tak lah sempurna mana dan sentiasa belajar dari apa yang berlaku di sekeliling aku dan pergaulan aku tidak terbatas dengan semua golongan jadi aku dapat rasa kesusahan mereka kerana suatu masa dulu aku sendiri berada dalam kesusahan.. jadi hanya mereka yang pernah lalui kesusahan saja yang akan dapat rasakan betapa peritnya melalui hari-hari yang mendatang…




-jangan lupa bayar zakat-


salam sayang buat semua




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.