Nilai Ringgit Semakin Kecik Buat Aku Terasa Sangat

By | 27/08/2011

I am back !!!



Maaflah kerana sibuk dengan persiapan raya sampai tak ada masa nak update blog, dan sibuk dengan urusan rasmi yang buatkan mood aku down dan otak aku tak boleh nak berfikir apa yang aku nak tulis dalam blog nieh…


Tengah malam semalam tegerak hati aku nak topup guna internet banking jadi aku pun bukak lah akaun bank aku tuh, masa aku bukak mata aku tak krlip-kelip pandang skrin lappy aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak…


Terus aku rasa lega sebab sebelum tuh aku tengah kusut mana nak cari duit untuk persiapan raya, cepat-cepat aku text kawan aku tanya bonus dah masuk ker?


semua dah settle jadi aku boleh shopping dengan senang hati, kalau dah shopping memang tak hingat bila dah habis duit baru aku terasa banyak betul aku shopping …


Beberapa hari nieh masa aku pergi beli barang dapur baru aku terasa giler yang nilai ringgit makin kecik, kalau tak cecah RM100++ memang tak sah tapi apa jer yang aku beli masa tuh…


nak berjimat cermat pada mulanya tapi tak kan nak tahan sampai tak beli barang dapur kot kan… itu kejam lah namanya.. lagi pun aku bukan tinggal sorang-sorang, jadi beli jer lah tak payah nak sekat-sekat…


beberapa hari lepas seorang rakan blogger cadangkan aku beli gold, beberapa hari nieh aku terfikir jugak akan hal tuh agak menarik jugak cadangan yang rakan blogger tuh usulkan pada aku.. tapi tak tahu nak mula dari mana.. tak apa pelan-pelan kayuh nanti tiba masanya semuanya akan ok semuanya…


tak sabar nak cuti, malangnya isnin aku kena kerja lagi, yer lah kan aku dah ambik cuti panjang lepas raya jadi kena lah kerja untuk siapkan semua kerja sebelum cuti.. tak kan nak tinggalkan pejabat dengan kerja yang bertimbun tuh.. hiks ..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.