Mimpi | Lapangan Terbang Perjalanan Yang Panjang

By | 21/08/2011

aku mimpi lagi, rasanya aku pernah mimpi pekara yang sama tapi tak ingat bila..

Aku terperangkap dalam sebuah bangunan yang sangat menakutkan.. Mayat bergelimpangan di merata tempat.. Dalam masa yang sama aku cuba cari jalan keluar. Tak lama lepas tu aku berjaya keluar dari tempat tu dan terus larikan diri

hanya satu tempat yang aku fikirkan ketika tu.. Ntah kenapa aku lari menuju ke lapangan terbangan dan bukan nya dengan menaiki kereta..

Banyak tempat yang aku lalui untuk pergi ke lapangan terbang.. Dalam perjalanan aku jumpa 2 orang budak perempuan dan aku tanya dekat dia macam mana nak pergi airport..

Pada mulanya budak tu hanya tunjuk arah je kat aku tapi last nya dia kata dia boleh ikut aku.. Aku pun lari lagi ikut budak tu.. Adik budak tu tertinggal jauh dekat belakang..

Sampai dekat jalan besar budak perempuan tu berhenti dan toleh belakang.. Masa dia nak pandang depan untuk teruskan perjalanan budak perempuan tu jatuh.. Dia sempat elak van yang nak langgar dia tapi dia di langgar oleh lori..

Aku tinggalkan budak perempuan tu kat situ dan teruskan perjalanan.. Sampai je airport aku terus beli tiket tapi aku tak ingat pergi mana..

Mimpi je pun bukan betul-betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.