Kad Raya Vs Pesanan Ringkas

By | 24/08/2011



Zaman semakin berubah teknologi un dah semakin canggih, kerana perubahan teknologi yang berlaku buatkan ramai di antara kita memilih cara mudah untuk melakukan sesuatu..



Kad raya semakin tidak mendapat sambutan kerana ada sesetengah dari kita lebih suka menghantar ucapan raya melalu sms, katanya lebih jimat dan pantas..


Tapi aku masih lagi lebih suka menghantar kad raya kepada kawan-kawan, sebab kad raya ada nilai tersendiri jika nak bandingkan dengan sms.. bila raya habis maka sms tersebut akan di padam dan semua ucapan dari kawan-kawan akan lupus macam tu saja..


Tapi kad raya yang di terima akan di simpan sebagai tanda ingatan, ada kalanya bila baca semua kada ucapan yang di terima boleh buat aku senyum sorang-sorang.. dan terasa betapa di hargai..


Ada juga ucapan raya yang aku hantar melalui pesanan ringkas, aku tak pernah tolak teknologi yang semakin canggih sekarang nieh.. dan tidak mahu di katakan kolot..


ehhh hantar kad raya tuh kolot ke? pada aku tak sebab zaman sekarang ada lagi yang masih kekalkan tradisi lama itu.. bukankah menghantar kad raya tuh tradisi turun temurun.. kalau tiada yang lama mana nak ada yang barukan..


Sekarang nieh pun tak banyak kad raya yang di jual, kalau ada pun sudah do modenkan mengikut perubahan zaman.. design kad raya zaman sekarang pun banyak berubah kalau nak di bandingkan dengan kad raya 10 tahun lepas..


Kalau dulu-dulu aku suka bagi kad raya kartun-kartun dekat kawan-kawan tapi sejak dah kerja nieh aku lebih suka hantar kad raya lebih formal design nya.. tak lah nampak macam budak-budak kan…


apa pun terpulang pada masing-masing nak buat pilihan, tak ada paksaan pun.. yer lah kan sesetengah orang malas nak menulis dan pos kad raya jadi mereka lebih selesa hantar pesanan ringkas…




selamat hari raya buat semua pembaca..
sayang korang sangat-sangat




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.