Hinaan Itu Aku Terima Walaupun Sakit

By | 25/08/2011


Episod duka yang menyelubingi kehidupan aku sejak seminggu yang lalu buatkan semangat aku semakin luntur, tapi itu tak bermakna aku mengaku kalah dengan perasaan sendiri.


Aku tahu setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan semua itu hanyalah dugaan sementara saja.. dan ianya tidak akan berpanjangan, seperti selalu semua kesedihan itu akan terhapus sedikit demi sedikit.


aku dah terbiasa dengan kata-kata hinaan dari mereka yang langsung tak mahu faham akan hati aku, namun jauh di sudut hati aku terasa sangat sakit.. aku cuba terima semua kata-kata hinaan itu dalam kesakitan..


Rajuk aku, tangis aku, kemarahan aku hanya aku saja yang tahun kerana aku tidak mahu orang tahu akan semua itu.. cukup hanya aku yang tanggung.. apa tak mahu bebani sesiapa dengan apa yang aku rasa..


dalam kesayuan hati, dalam kesunyian malam semua kenangan semalam menjelma.. aku sangat tidak suka bila kenangkan kisah semalam yang penuh dengan duka..


aku senyum dan pura-pura gembira kerana aku tidak mahu buat kawan-kawan aku risau dengan keadaan aku.. aku cuba sembunyikan semuanya namun ada kalanya aku tewas dengan perasaan sendiri..


jika aku ucapkan selamat tinggal itu tidak bermakna aku membenci mungkin ada kalanya harus ucapkan selamat tinggal agar hati lebih tenang…


dalam duka ada tangisan, dalam sendu ada senyuman, mungkin itu dugaan yang hanya untuk sementara, dan aku tahu lambat atau cepat semua itu akan terhapus jua…




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.