Dunia Maya Yang Menyakitkan

By | 23/08/2011


Dunia maya yang sangat menyakitkan, itu yang harus aku lalui kerana aku yang memilih untuk berada di dunia maya berbanding dengan dunia nyata…


macam-macam hal yang berlaku hingga buatkan aku terasa sangat letih sebenarnya.. Selama aku berada di dunia maya aku cuba jaga hubungan baik dengan semua orang, aku cuba jaga hati dan perasaan semua orang namun ada masanya aku harus akur yang bukan semua orang suka dengan apa yang aku lakukan dan apa yang aku kata…


sungguh aku rasa gembira mengenali mereka walaupun ada kalanya mereka ini menyakitkan hati aku… dan buatkan seluruh perasaan aku lumpuh.. dan ada masanya aku rasa sudah tidak mahu berada di alam maya lagi tapi aku sayangkan mereka sebab mereka buat aku gembira..


hari ini aku kena serang dengan seorang kawan maya, punca hanya kerana ketidak puasan hati dia atas beberapa sebab … bukan dia marah aku tapi dia mahu aku sampaikan apa yang dia kata pada seseorang…


Aku cuba sebaik mungkin gunakan bahasa yang sopan dan cuba kata dengan dia apa yang harus dia terima jika dia mahu kekal lama dalam dunia maya.. tapi perbualan bertukar menjadi agak panas bila aku hilang sabar… dia kata pada aku yang dia tak mahu kawan dengan aku kerana aku sama seperti orang yang dia maksudkan .. ok aku kisah apa kalau dia kata macam tuh…


malang lagi buat aku, tak perlu jatuhkan aku dengan buat aku macam tak ada maruah dan malukan aku dengan kata-kata yang keji.. dan saat itu aku sudah rasa mahu pergi jauh dari mereka semua…


Kalau aku tak fikir pasal orang yang banyak memberi laluan pada aku dah lama aku pergi….


aku rasa sangat-sangat kecewa, tak tahu macam mana nak kata.. aku cuba untuk tak menangis tapi tak pulak aku nangis…




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.