Cinta Selepas Nikah Lebih Bahagia Nikmatnya

By | 18/08/2011


“kalau sayang saya kita nikah, lepas nikah kita bercinta”


“awak gila mana ada orang nikah baru bercinta zaman sekarang”


“jika tidak mahu cari saja orang lain”


“awak terlalu memilih”


“saya bukan memilih tapi itu lebih baik”


“awak kata saja apa syaratnya saya akan ikut tapi bukan nikah dalam keadaan sekarang”


“itu saja syarat saya, kita nikah lepas nikah kita bercinta”


“maaf saya tak dapat tunaikan syarat awak”


“dan saya juga minta maaf kerana tak dapat terima cinta awak”


“awak terlalu ego dan hanya pentingkan diri sendiri”


“saya tak mahu tambahkan dosa yang sedia ada jadi itu yang terbaik”


“susah nak faham awak nieh”


“tak ada yang susahnya”


“terserah awak lah tapi saya tak mahu nikah lagi”


Apa yang harus aku katakan jika permintaan aku di katakan keterlaluan, aku bukan ego atau terlalu memilih tapi untuk apa bercinta lama-lama penghujungnya tiada bahagia..


Aku cuma mahukan cinta yang kukuh, hubungan yang di restui dan jauh dari dosa, bukan aku nak kata aku ni baik sangat tapi aku rasa tindakan aku tuh tidak lah drastik sangat, salahkan aku tetapkan syarat sebegitu..


dan sekurang-kurangnya aku tahu lelaki bagaimanakah yang mahukan aku, jika seorang lelaki itu sanggup terima syarat aku maknanya lelaki itu sanggup bimbing aku ke jalan yang benar dan jadikan aku manusia yang lebih baik..


kerana itu lah aku tak mampu nak terima cinta yang datang dalam kehidupan aku, cuma mereka yang mahukan aku tidak faham apa yang aku minta.. aku dah puas lalui kehidupan sekarang dan tiba masanya aku fikiran tentang sesuatu yang lebih pasti dan menjamin masa depan aku..


Bukan harta yang aku mahukan, bukan kesenangan yang aku minta, aku cuma minta bahagia dan cinta yang di restui.. jika harta yang di pertaruhkan hanya untuk mendapatkan cinta aku itu satu kesilapan besar aku tak mahu semua tu.. untuk apa harta yang banyak jika tiada bahagia dan cinta yang di restui…


Ada masanya aku terfikir kalau lah hidup ini semudah jalan cerita dalam novel yang pernah aku baca alangkah bagusnya.. tapi aku masih berpijak di dunia nyata dan aku tahu bukan semua orang bertuah dapatkan sesuatu dengan cara yang mudah…


hati aku tidak tenteram, perasaan aku sangat-sangat hiba saat ini, aku tak cemburu dengan kebahagiaan yang kawan-kawan aku miliki sebaliknya aku tumpang gembira dan dalam masa yang sama aku berdoa akan ada bahagia buat aku juga…






Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.