BuKaN MiA TaPi …….. !!!

By | 11/08/2011


Banyak sebab kenapa aku sering menolak cinta yang datang dalam kehidupan aku sejak kebelakangan nieh.. bukan tak sudi terima cinta yang di hulurkan cuma aku mahu sesuatu yang lebih jelas..


Aku cuma mahu orang yang bersama aku kerana aku yang sebenar bukan kerana aku yang mereka kenal dari dunia maya… kerana aku di dunia nyata tidak sama dengan diri aku di dunia maya.. dan kadang kala apa yang kita lihat hanya berpandukan gambaran tidak menepati apa yang sebenarnya yang harus kita ketahui…


Ramai yang kata jadi aku sangat beruntung.. apa yang untungnya? aku tak rasa beruntung pun.. dan untuk jelaskan semuanya itu tidak mungkin kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana harus menjelaskan nya….


mungkin layanan baik aku telah buat orang salah faham, itu memang aku tapi sedikit pun aku tidak berikan harapan pada sesiapa… dan aku tak mahu terlalu memberikan harapan…


kalau mahu sogokan aku dengan kekayaan itu adalah silap, aku bukan orang yang pandang pada harta.. dan aku tidak akan bersama dengan orang yang aku tak mahu hanya kerana harta yang mereka miliki… mungkin akan ada yang kata aku bodoh, itu lebih baik dari aku perangkap diri aku ke dalam tempat yang aku tidak tahu bagaimana keadaan nya..


Biasanya bila seseorang memberikan sesuatu pasti orang tuh akan meminta balasan.. balasan yang …..


kecelaruan minda aku ada kalanya akan buat penulisan aku jadi sukar untuk di fahami dan akan buat orang susah nak faham apa yang aku mahu sampaikan…


beberapa hari nie aku berada dalam tekanan yang tersangat tak mampu aku nak kawal.. puas aku cuba kawal semua rasa marah aku tapi aku jadi seorang yang cepat marah walaupun dengan pekara kecik…




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.