Best Sangatkah Jadi Terkenal

By | 14/08/2011


Aku tak mahu jadi terkenal..
kerana apabila di kenali ramai maka kehidupan peribadi akan berubah sedikit sebanyak (ayat dah macam artis)


Biar blog yang menjadi terkenal bukan tuan blog, sebab blogger biasanya suka masuk blog yang terkenal dan tinggalkan komen banyak-banyak.. dan sentiasa menjadi rujukan mereka dari masa ke semasa..


Sebenarnya untuk menjadi terkenal bukannya senang, banyak usaha yang harus dilakukan.. bukannya hari ni buat blog esok sudah terkenal lain lah kalau jual ayam goreng mungkin boleh jadi terkenal dalam satu hari..


paling penting jangan kenal erti putus asa, jatuh dan bangun itu adalah lumrah dunia blogging..


dekat 2 tahun aku bukak blog nieh, beberapa kali aku buat penjenamaan sampailah aku kekal dengan title sekarang dan tak ubah-ubah dah.. dan aku tak nafikan sangat susah untuk bertatih dari bawah..


lagi satu tiada gunanya menjadi terkenal dengan cara yang tidak berhemah, itu hanya akan buat orang benci pada kita dan akan buat orang letakkan kita jauh dari padangan mata kita.. bukan itu saja orang boleh menilai bagaimana diri kita dengan cara penulisan.. jadi lebih baik jadi terkenal dengan cara berhemah..


Aku belajar banyak pekara dari blog-blog yang telah lama bertapak, jadi dari situ aku tahu di mana kekurangan dan kelemahan yang perlu aku baiki.. macam orang dulu-dulu kata malu bertanya sesat jalan..


lagi pun kita yang harus cari ilmu bukan ilmu yang cari kita.. jadi jika kita mahukan sesuatu kenalah berusaha keras baru kita akan dapat apa yang kita mahukan..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.