Bersalaman Di Pagi Raya & Duit Raya

By | 30/08/2011


Selamat Hari Raya !!!
seperti tahun-tahun sebelumnya aku hanya beraya dengan keluarga di kediaman kitaorang dekat Shah Alam saja.. Sudah agak lama tidak pulang berhari raya di kampung, entah kenapa lebih senang berhari raya di rumah sendiri..


Setiap tahun pagi raya yang di nantikan, sesi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, kalau di kampung semua ahli keluarga akan berkumpul untuk bermaaf-maafkan.. kalau keluarga besar akan ambil masa yang lama untuk habiskan sesi bermaaf-maafan nieh…


Paling best dapat duit raya, walaupun tak banyak duit raya yang di terima tapi itu sudah menjadi kemestian.. kalau masa kecik-kecik dulu banyak lah dapat duit raya tapi sejak dah kerja nieh tak banyak yang dapat tapi sebaliknya kena bagi dekat orang pula…


Selesai sesi bermaaf-maafan, aktiviti makan-makan pula.. hoyeaaa makan itu yang paling aku suka.. pagi-pagi lagi mak aku dah kejutkan aku untuk siapkan apa yang patut.. sementara mereka pergi sembahyang raya aku siapkan apa yang patut dan siap-siap pakai baju raya…


Sempat aku tertido sementara tunggu diorang balik dari masjid.. mereka singgah ziarah kubur isyraf sekali lepas sembahayang raya… jadi kenalah aku tunggu diorang balik..


acara selesai, agak penat jugak sebenarnya.. jadi kena rehat sementara nak tunggu aktiviti seterusnya petang nanti.. mungkin keluar jalan-jalan.. tak pun jalan rumah kawan-kawan…




2 thoughts on “Bersalaman Di Pagi Raya & Duit Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.