Berapa Ramai Yang Respond Korang Punya Status

By | 21/08/2011


Mungkin kalau tengok dalam friend list korang begitu banyak rakan tapi berapa ramaikah yang respond korang punya status? aku percaya tak semua yang respond pada korang punya statuskan…


Mungkin ada di antara rakan dalam senarai korang hanya setakat mahu tambahkan koleksi rakan sedangkan langsung tidak bertegur sapa atau langsung tidak mahu berkenalan (pada yang tidak kenal korang) atau hanya menjadi tempat tambah pembaca blog mereka..


dan bila kita tulis di wall mereka langsung tak ada respond lagi lah buat rasa sakit hati.. aku senang jer nak berhadapan orang yang macam tuh bukan susah mana remove jer dari list yer lah kan dah tegur pun tak mahu bila tegur buat tak tahu…


kalau nak sentap biarlah ada aku kisah, kita nieh nak cari ramai kawan bukan nya nak cari musuh, kalau setakat nak tambahkan koleksi kawan baik tak payah hanya buang masa saja..


dan lagi satu ada jugak di antara rakan-rakan yang ada dalam list kita tuh suka sangat guna bahasa yang tak sepatutnya, sedangkan kita tak pernah gunakan bahasa yang tak sepatutnya.. aku memang tak tunggu lama terus jer remove, boleh sakit hati baca ayat yang sangat-sangat sakit hati.. jadi tak payah simpan orang yang tak tahu nak hormatkan orang lain.. kalau pun marah tak payah guna bahasa yang kurang sopan..


walaupun network yang aku bina tak besar mana tapi aku cuba sebaik mungkin gunakan bahasa yang elok, kalau pun aku tak suka atau tengah marah aku tetap juga tapis bahasa aku supaya orang selesa.. kalau aku tak suka orang gunakan bahasa kasar dengan aku jadi orang pun tak akan suka bila gunakan bahasa kasar…


fikir-fikirkan lah .. selamat berblogging




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.