Bazar Ramadhan seksyen 13 Shah Alam

By | 14/08/2011






Jalan-jalan dekat bazar ramadhan seksyen 13 shah alam petang tadi, ini pertama kali aku berkunjung ke sini setelah 2 minggu berpuasa. kalau hari kerja memang tak sempat nak pergi bazar ramadhan seksyen 13 nie yer lah jauh dari tempat tinggal aku dan jalan sesak lagi..


sempat aku tangkap beberapa gambar yang aku rasa menarik perhatian aku, memang tak ada kerja namanya tu tengah orang bersesak-sesak sempat lagi aku tangkap gambar. tangkap gambar itu adalah aku.


aku sebenarnya tak berapa suka berada dalam keadaan orang yang sangat ramai jadi sebab tu aku tak suka pergi tempat-tempat macam bazar atau pasar malam.


lagi satu yang aku tak berkenang ada sesetengah ibu bapa yang bawa anak kecil ke tempat sebegitu, kesian lah dekat anak-anak yang masih kecil terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai dan berada dalam keadaan kepanasan.


kalau pergi bazar tak payah lah bawak anak-anak kecil, mungkin ada di antara ibu bapa yang tiada pilihan sebab tidak ada orang jaga anak mereka jadi kenalah fikir cara terbaik..


salam sayang buat semua




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.