TaK aDa SiViK | tak sayang anak | sToRy paGi HaRi

By | 26/07/2011

Sesetengah pemandu dekat malaysia nie langsung tak pentingkan keselamatan lebih-lebih lagi pemandu yang bawak anak kecil.. Kenapa aku kata macam tu? Korang mesti pernah nampak ada pemandu yang biarkan anak mereka keluarkan kepala melalui tingkap kereta.. Bayangkan sesuatu yang buruk berlaku, sedangkan pekara sebegitu boleh di elakkan.. Jadi kenapa perlu pertaruhkan nyawa yang tidak boleh di tukar ganti dengan wang ringgit..

Hargailah orang yang tersayang, jangan anggap pekara sebegitu adalah pekara remeh.. Tahu tak sangat sakit bila kehilangan orang tersayang.. Fikir-fikir kan lah ..

Pembaca senyap itu adalah aku.. Memang aku selalu singgah dekat banyak blog untuk di baca.. Aku tak pernah tinggal kan jejak atau komen tapi aku percaya pemilik blog tersebut tahu siapa aku dan dari mana aku datang..

Pagi nie aku singgah blog seseorang yang jarang aku masuk.. Baca entry yang ada.. Aku senyum baca komen di setiap entry tersebut…

Aku suka kalau setiap blog ada versi mobile blog.. Sebab loading akan jadi lebih cepat.. Lagi pun waktu pejabat aku hanya gunakan phone untuk baca entry blog yang dah aku bookmark dalam phone aku..

Kalau ada yang ingat aku guna smartphone itu salah.. Aku tak mampu nak guna smartphone, lagi pun aku kena dulukan pekara yang lebih penting.. Aku cuma guna nokia xpressmusic je.. Dengan kelajuan internet yang tak seberapa tapi buat aku puas hati jugak..

Aku boleh update blog secara live, boleh twitter live dan sebagainya.. Cuma yang tak boleh nak buat ialah masuk blog yang loading nya lambat..

Beberapa hari lepas ada yang kata dekat aku apa ada dengan facebook, tak mati kalau tak ada facebook.. Dan berapa banyak yang dah aku rugi di sebabkan facebook lama tu tak boleh nak log in..

Memang tak mati bila facebook tak ada, memang aku tak rugi apa-apa .. Kena ingat apa pun boleh jadi bila facebook kita di hack.. Memang aku meroyan tak hingat.. Tapi aku still tenang sebab aku tahu orang yang cuba masuk dalam akaun aku tu tak berjaya.. Jika dia dah berjaya tembusi pintu keselamatan yang telah di buat sudah tentu pihak tersebut akan buat kacau. . Jadi aku dah pasrah dan cuba lupakan hal tu..

Aku sebenarnya tengah fikir untuk tukar templates baru.. Walaupun ramai yang kata backgroud yang aku gunakan sekarang nampak simple dan cool tapi banyak kelemahan yang terdapat di situ.. Walaupun pertukaran template aku buat aku sakit jiwa tapi paling penting adalah kepuasan..

Malam nanti kalau sempat aku nak buat entry 5 blog yang kerap di lawati.. Tetebi je kan.. Itu bukan kontest tapi lebih kepada menjana trafik.. Ape yang aku perasan walaupun aku tak update blog tp trafik still tak kurang 50++ kira ok lah tu kan nama pun blog baru..

Ekekeke ape hal bebudak dari c******y* nie sengaja cari pasal nampak nya.. Dia orang nie main hina-hina pulak.. Yang diaorang nie cari pasal sebab apa tak ada orang kacau diorang pun.. Kalau dah betul hebat sangat buktikan yang korang boleh bertahan lama.. 6 bulan pertama sila buktikan yang korang boleh atasi semua yang ada.. Ekekekeke

hidup mesti ada pilihan dan kita yang buat pilihan bukan orang lain yang tentukan hidup kita.. ramai yang kata aku terlalu memilih, sombong dan ego.. Ekekeke orang yang tak kenal aku je akan kata macam tu..

Gomofm akan buat aktiviti pertengahan bulan ogos.. “suka ria hari raya” dan ianya masih dalam peringkat perbincangan dengan rakan penaja bersama.. Sudah ada aktiviti yang telah di cadangkan dan telah di luluskan.. Jadi nantikan pengumuman rasmi yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.