SHAKESPEARE & AKU YANG TAK BERAPA NORMAL

By | 01/07/2011

baca buku shakespeare dah macam baca buku programming code, memang sudah nak faham dan di terima oleh akal yang waras.. Sampai aku kena betulkan balik otak aku yang tak berape nak betul nieh..

Orang sains tak suka sastera sebab dalam sastera tak ada straight to the point.. Sebab tu jugak ada sesetengah kawan aku yang susah nak faham bila aku guna ayat yang diorang tak pernah gunakan sebelum nie..

Aku lebih suka menulis dari bercakap, aku boleh jadi rimas dan rasa dan marah bila banyak sangat soalan yang diajukan kat aku.. Sebab tu kadang-kadang bila aku dah marah sangat aku akan blah macam tu je, dekat situ sah-sah orang akan kata aku kurang ajar.. Bukan kurang ajar cuma orang tak faham bahasa isyarat yang aku gunakan..

Pagi tadi kawan aku tanya “malam tadi mimpi apa pagi nie pakai baju kurung selalunya pakai pakaian barat” erkk tak sayang mulut lah tu kata macam tu..

semalam ada yang kata aku menolak hukum Allah hanya kerana komen yang aku berikan.. Tak faham aku kenapa ada manusia yang suka tanya soalan sensitif.. isu nya perempuan tak pakai tudung..

Aku ada buat entry pasal tu dan feedback yang aku dapat sangat menyakitkan hati.. Nie aku nak kata lah kan tak payah jadi hipokrit sangat, orang lain korang tegur tapi girlfriend sendiri tak tegur.. Malah lagi bangga ada awek tak pakai tudung..

kenapa ada yang kata blogger otai sombong? Tak kan lah di sebabkan blogger otai tak tegur dah nak sentap.. Itu pun nak kecoh.. Tak faham aku ntah apa-apa..

aku lebih suka jadi stalker dari aku jadi follower, aku tak suka nak follow blog sesiapa pun.. Jadi jangan suruh aku follow korang.. Sedangkan blog kawan-kawan rapat pun aku tak follow nie kan pulak aku nak follow blog yang aku tak kenal..

TM buat aku bengang dan rasa nak hempuk-hempuk je.. Janji 2 minggu nie dah jadi sebulan lebih.. ok malas nak ambik tau dah suka hati dia nak datang ke tak nak..

Sejak dua menjak nie aku baru perasan yang kos bulanan aku makin meningkat.. Makin tak cukup pulak aku rasa.. Nak kata over budjet pun tak jugak.. Pitam..

Ape aku merepek nieh.. Itu lah akibatnya kalau terlebih membaca..

If we are overwhelmed with emotional, every each one of them will simultaneously cancel each other out, atrophy into something alien..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.