KiSaH Di SeBaLiK TinGKaP

By | 10/07/2011

I am Back !!!


Lama tak update blog dekat seminggu rasanya tiada update baru dari aku.. bukan malas nak update cuma agak sibuk dengan tugasan itu yang buat blog tak update dan terbiar macam tuh jer… hari nieh cuti jadi ada masa untuk buang semua sawang dalam blog nieh. Jalan-jalan cari templates baru tapi tak ada yang berkenan, nak mintak tolong orang buatkan segan pulak jadi kenalah buat sendiri nampaknya…

Banyak benda yang aku nak story sebenarnya, tapi tak tahu nak mulakan dari mana dulu.. tak kisah lah aku mulakan dari mana-mana yang peting aku dapat tulis semuanya…


Tawaran ke dua yang aku tolak dalam tahun nieh, tapi tawaran yang nieh banyak sebab kenapa aku tolak.. tapi tak sampai 24jam kubi dapat hidu pulak pasal perbincangan tersebut.. jadi aku pun cakap apa yang berlaku … lagi pun aku tetap setia dengan tempat sekarang.. aku tak mahu jadi kacang lupakan kulit lagi pun aku banyak komitment lain jadi bila fikir semua tuh aku memang tak mampu nak bahagikan masa untuk hal lain…

jadi hal tuh dah tutup dan tak akan timbul apa-apa soalan lagi hal nieh, selebihnya biar simpan jadi rahsia aku.. kalau nak ikut banyak yang aku nak cakap tapi biarlah simpan jadi rahsia..

Dalam perhubungan dunia maya, hanya berhubung melalui alam maya tak semestinya ujudnya persefahaman.. dan pasti akan ada salah faham yang akan berlaku.. dan tak perlu terlalu ambik hati sangat.. dan tak perlu terlalu serius dengan apa yang di lakukan…

Beberapa hari nieh banyak hal yang berlaku baik di dunia maya mahupun dunia realiti aku … tapi aku tak lah campurkan dua dunia tuh dalam kehidupan aku… memang susah kita nak duga hati orang nieh…

Jalan tak sehaluan dan tak ada persefahaman jadi untuk apa teruskan perhubungan kalau hanya datangkan rasa sakit hati.. dari sakit hati baik lepaskan semuanya demi menjaga hati semua orang…

Memang susah kita nak jaga hati semua orang, adakalanya kemarahan akan menguasai hati kita.. jadi kita kena pandai kawal kemarahan kita agar tiada siapa yang akan terasa hati dengan tindakan kita bila berada dalam kemarahan…

“cintaku di landasan” masih dalam penulisan, baru episod satu kalau tak salah aku. sebenarnya menulis blog lagi mudah dari menulis novel, cintaku di landasan adalah novel aku yang ke tiga tapi dua lagi novel aku entah dekat mana yang tak siap-siap dari tahun 2002 hahahaha teruk betul aku nieh…. abaikan jer lah malas nak layan..

Hal kecik tak payah lah nak besar-besarkan, semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. bukannya dengan berbalah .. ok mungkin aku tak layak nak bagi pendapat sebab pada pandagan mata sesetengah orang aku budak lagi jadi tak layak nak kata apa-apa dekat mereka yang lebih tua.. ok fine kalau macam tuh aku diam jer lepas nieh…

dah beberapa jam entry nieh pending, apa lah aku nieh.. mana tak nya sambil tulis entry sambil chatting.. yer lah kan banyak peminat nak kena layan, kalau tak layan apa pulak diorang kata.. maklumlah i kan artis ternama (perasan) ada yang nak muntah tak dengan statment aku nieh … hahahaha suka aku lah kan…

tak payah lah malukan diri sendiri dengan cerita yang tak seberapa tuh, cerita nak bagus jer tapi hasilnya langsung tak ada.. invite orang tapi lastnya senyap macam tuh jer, jadi dekat situ dah buat orang mengata .. bila tahu orang mengata marah pulak… tapi masa kata tak fikir … ok ikut suka lah nak cerita macam mana pun ….

erkkkk ok lah esok aku sambung tulis lagi, banyak sangat halnya sampai berapa kali aku stop tulis entry nieh sampai semua yang aku nak tulis hilang macam tuh jer…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.