TAK SEMUA GURL BERTUDUNG TU BAIK

By | 11/06/2011

APa yang lelaki cari pada diri seorang perempuan?

aku tak ada jawapannya dan aku tak nak tahu jawapannya.. sebab kebanyakkan jawapan yang aku dapat sangat-sangat menyakitkan hati aku jadi lebih baik tak payah mintak jawapan…

Kebanyakkan lelaki bila di tanya mahukan perempuan yang macam mana dah tentu mereka akan kata .. mereka mahukan perempuan yang sopan, yang pakai tudung dan yang sempurna …

itu ayat yang paling kejam pada aku yang pernah aku dapat .. apa ingat perempuan tak pakai tudung nieh jahat sangat ker? Adakah tudung melambangkan kebaikan dan kejahatan seseorang …

Aku rasa kebanyakkan perempuan yang pakai tudung bukan kerana betul-betul tahu apa fungsi tudung.. kebanyakkan mereka lebih kepada fesyen dan trend semasa … buat apa pakai tudung kalau pakai baju ketat sampai nampak segala benda…

kebanyakkan perempuan yang di tangkap kahlawat dengan pasangan masing-masing kebanyakkan mereka semua bertudung .. ada jugak perempuan yang bertudung nieh sanggup buang bayi yang telah mereka lahirkan hasil perbuatan terkutuk mereka.. jadi nak kata perempuan yang bertudung nieh baik sangat lah sampai pandang perempuan yang tak bertudung tak ada harga diri…

Ada otak kena guna jangan guna kepala lutut untuk fikir, jangan nak kata ikut sedap tanpa fikir perasaan orang lain…

“kalau kau pakai tudung lagi cantik”

itu ayat biasa yang selalu aku dengar, budak ofis aku pun selalu cakap macam tuh … aku belum sedia untuk pakai tudung … tapi seseorang ada kata “mula-mula pakai sebab orang tapi lama-lama akan terbiasa” susah sangat ker nak faham, aku bukan mintak apa-apa pun aku cuma mintak jangan tanya soalan macam tuh ….

Kalau sebab aku tak pakai tudung buatkan tak ada orang mahu aku terima tapi untuk jadi hipokrit itu bukan aku…

Untuk apa pakai tudung kalau hati busuk, untuk apa pakai tudung kalau tak tahu hormatkan orang.. untuk apa pakai tudung kalau buat maksiat….


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.