LeLaKi DiTaJa PeRemPuaN?

By | 24/06/2011


Ada tak lelaki yang memang suka di taja oleh perempuan? siapa kata tak ada, aku rasa berlambak lelaki yang di taja oleh perempuan zaman sekarang nieh… ingat perempuan jer ker yang di taja oleh lelaki.. zaman sekarang nieh apa pun boleh berlaku..


Petang tadi aku berbual dengan seseorang, agak menyampah aku sampai aku rasa mahu maki jer tapi oleh kerana keadaan memaksa aku harus bersabar jadi aku terpaksalah sabar dari maki hamun orang..

Aku : kau tak malu ker perempuan taja kau
Lelaki : malu buat apa, aku lagi rasa bangga..
Aku : bangga otak kau
Lelaki : Dari situ lah aku tahu sapa yang betul-betul sayangkan aku atau nak main-mainkan aku
Aku : WTF !!!

memang aku tak faham dengan manusia sorang nieh, semua perempuan yang dia kenal mesti akan taja dia, umur dia terlalu muda baru nak masuk 21 tahun kalau tak salah aku… kalua dengar dia cerita memang rasa nak maki hamun jer…

Memang dia nieh tak tahu nak cover kalau cakap, benda sensor pun dia akan cerita open lagi malang bila dia cerita dengan rasa bangga.. oi tak payah nak bangga benda macam tuh lah…

kekadang dia sengaja hint aku nak cerita apa yang dia buat dengan skandal-skandal dia hujung minggu.. kalau dia tak cerita pun aku tahu apa yang dia buat.. dari perbualan telefon yang dia buat dengan seseorang dah buat aku boleh tangkap apa yang dia katakan…

aku orang macam tuh memang aku larikan diri jauh-jauh, bukan nak kata aku baik sangat tapi dah terang-terang apa yang dia buat..

Kalau dia di taja dah tentu dia tak payah kerja, masalahnya perempuan yang taja dia tuh bukan nya orang kaya, biasa-biasa jer kerja pun ntah apa-apa.. ada jugak perempuan bodoh macam tuh.. tolong lah jangan jadi bodoh… bila lelaki tuh dah puas dengan kau, dia akan cari perempuan lain…

Nasib bukan adik aku kalau adik aku, dah lama aku hempuk-hempuk sampai lunyai baru tahu langin tuh tinggi atau rendah..




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.