iKhLas Dari aKu | MaaF DaRi HaTi

By | 11/06/2011

Maaf buat semua dari aku atas semua entry yang aku tulis beberapa hari nieh.. mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang aku tulis dalam blog aku nieh.. korang ada hak untuk kata apa yang korang mahu katakan dan aku terima apa yang korang kata kan.. aku senyum baca setiap apa yang korang katakan dekat entry-entry tuh walaupun aku terasa hati sangat-sangat..

Buat teguran biar cara berhemah dan gunalah bahasa yang meresap dalam hati dan akan tinggalkan kesan yang mendalam.. perkataan “JAHIL” tuh macam lah aku nieh teruk sangat, aku memang tak boleh terima perkataan “JAHIL” tuh..

Macam aku nie tak ada maruah kata macam tuh, macam aku tak ada perasaan kata macam tuh, macam aku nieh teruk sangat nak kata macam tuh…

Memang pun kebanyakkan dari kita cepat sangat menjatuhkan hukuman pada seseorang hanya kerana kesalahan yang mereka lakukan..

Contoh macam kes DINDA tuh dia mengaku yang dia sudah tiada dara tapi dia dah berubah kan? tahu tak untuk bagi tahu hal sebegitu sangat lah susah dan banyak risiko yang harus dia fikirkan… sepatutnya korang yang “MULIA LAGI BAIK” bantu dia agar dia berubah jadi lebih baik bukan hina dia…

balik pada cerita asal, bukan aku tak tahu hukum semua tuh dan aku pun tak kata aku tak nak berubah.. sekarang nieh pun aku sedang cuba untuk berubah pelan-pelan..

Mungkin entry yang aku tulis tuh menyinggung perasaan sesetengah pihak, aku tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapa pun.. sebab apa yang aku tulis tuh datang dari apa yang berlaku di sekeliling aku…

Aku percaya ada girlfriend korang yang tak pakai tudung tapi korang ada tegur? rasanya tak kan… mesti korang kata “u nampak cantik macam nieh” itu hak korang lah macam mana pun tak kan lah korang nak cakap kan…

Biasanya tulis tak sama dengan apa yang ada dalam hati, kadang-kadang harus diamkan kebenaran..

Maaf dari aku andai ada yang terasa hati dengan entry aku.. yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari aku..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.