BiCaRa BuaT aKu TeNanG TaPi aDa TanGiSaN

By | 18/06/2011

Dalam setiap kata buat aku tenang, namun kesudannya buat aku menangis bukan kerana sedih.. mungkin jalan yang aku lalui dengan dia tak sama namun matlamatnya tetap sama …

Apa yang berlaku hanya seketika namuan banyak temukan aku dengan apa yang aku cari selama nieh.. “kehidupan alam nyata lebih penting dari kehidupan alam maya” itu yang dia katakan pada aku.. kata-kata itu ada benarnya kerana masa aku banyak di habiskan di dunia maya.. dan kerana dunia maya juga aku jadi seorang yang bisu berbicara dengan kata-kata bukannya suara….

Aku cuma minta agar janji itu di batalkan, bukan aku tak mampu pegang pada janji cuma aku tak mahu ujudnya rasa bersalah di kemudian hari… aku cuma minta dia izinkan aku teruskan kehidupan aku di dunia nyata dengan tenang dan doakan aku agar aku temui apa yang aku cari selama nieh…

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia, aku nak dia tahu yang aku sentiasa ada untuk dia.. aku pasti dia tahu mana nak cari aku andai sudah terputus hubungan di alam maya…

Aku sudah temui jawapan yang aku cari selama beberapa hari nieh, sejak aku berada jauh aku hanya harapkan dia balas semua pesanan aku dan hari ini hati aku kuat mengatakan yang dia akan balas pesanan aku.. dan memang benar dia membalas pesanan aku.. pesanan itu terus buat aku menangis hingga tertido seketika…

Aku tahu dia baca apa yang aku tulis, aku tahu dia akan faham apa yang aku katakan.. Andai takdir perbihak pada aku semuanya akan menjadi realiti andai sebaliknya aku teruskan hidup aku dengan jalan yang dah pun aku pilih….

terima kasih walaupun untuk seketika, aku jumpa apa yang aku mahukan dan dia dah tunjukkan semuanya pada aku …


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.