aKu DaN KeNanGaN | BanYak Yang DaH BeruBaH

By | 06/06/2011

Hampir 10 tahun aku tak balik johor, last balik johor masa kakak aku kawen pada tahun 2002 kalau tak salah aku … Memang aku sengaja elak dari balik johor sekalipun pada hari raya …

 
Setiap tahun selepas tuh aku dengan family aku beraya dekat Shah Alam tak pun pergi bercuti dekat mana-mana tempat percutian dalam malaysia .. Tapi makcik ngan pakcik aku tak pernah lupa kirimkan duit raya walaupun sekarang ni aku dah kerja dan ada pendapatan sendiri..
 
Baru-baru nieh aku balik johor sebab pakcik aku meninggal dunia, semua adik beradik pakcik aku ada kecuali pakcik aku yang dekat dubai jer yang tak balik sebab awal bulan lepas dia baru balik sini, sepupu-sepupu aku semua ada dan terasa suasanan seperti 10 tahun lepas sebelum aku tinggalkan johor waktu aku masih mahu pulang ke sana …
 
Entah kenapa aku tak rasa sedih, bukan tak ada perasaan tapi itulah hakikatnya .. sila jangan kata aku tak ada perasaan ….
 
Rupanya banyak yang berubah, sampai aku lupa tempat tuh sedangkan dulu itulah tempat aku main bila balik sana .. pusing satu taman naik motor, sampai langgar tiang lampu dan banyak kenangan yang aku lupakan hanya kerana beberapa pekara yang menyakitkan hati aku..
 
Aku dah terbiasa hidup dekat bandar sejak kecik lagi, tapi tuh tak bermakna aku terlalu bebas buat apa jer … setiap gerak aku ada batasnya .. tapi makcik aku pernah kata yang kita orang adik beradik terlalu sosial dan mak ngan ayah aku hanya biarkan jer …
 
Aku lebih tahu adik beradik aku macam mana dan macam mana mak ngan ayah aku didik kita orang … sebab tuh buatkan aku tak mahu balik johor lagi .. balik pun bila ada majlis besar jer.. mungkin Tuhan nak tunjuk setiap apa yang di katakan ada balasan nya …
 
tak payah citer apa jadi itu hanya bukak aib orang, dah jadi tak baik pulak kan ..
 
kita tak boleh pandang orang hanya dengan sebelah mata, jangan pandang hanya rupas paras, itu semua tak penting .. apa yang penting hati.. untuk apa bersama dengan seseorang hanya kerana rupa sedangkan hati dia kita tak tahu …
 
7 tahun perjalanan mencari bahagia.. tapi tak jumpa-jumpa, dekat mana bahagia itu berada aku tak tahu… malam semalam berbual dengan seseorang.. seseorang yang buat aku gelak dengan sikap dia … tapi di sebaliknya ada sesuatu yang buat aku fikir panjang…
 
Aku tahu dan dia jugak tahu yang kehidupan kita orang terlalu berbeza, andai memang jodoh aku dengan orang itu adakah aku bersedia tinggalkan apa yang aku ada sekarang untuk masuk ke dalam dunia dia yang aku tak pernah terfkir … sungguh aku tak ada jawapan ??? mungkin masa dan keadaan akna mengubah segalanya bila semua itu berlaku.. dan aku harus akur dengan apa yang telah Tuhan tentukan buat aku …
 
teringat perbualan aku dengan kubi sebelum dia kawen “tuhan dan bagi jodoh tak nak tolak lagi, dah banyak kali tolak takut Tuhan marah” aku selalu kata kalau ada calon aku akan terus nikah dan bercinta lepas kawen .. Nak tunggu aku yang cari memang tak adalah jawabnya.. tak ada hal perigi cari timba zaman sekarang nieh tapi aku malas nak cari … “apa yang datang itu jer yang di ambik” macam yang kubi kata pada aku … tapi kena tengok jugak untuk jangka masa panjang..
 
Nak kata aku hipokrit sebab tak pandang pada harta, katalah apa pun.. buat apa ada harta yang banyak kalau ada yang kurang … ada harta yang banyak pun kalau tak bahagia tak guna jugak …
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.