aDaKaLanYa KiTa MeMeRLuKaN SeBaB unTuK MenGuBaH SeSuaTu

By | 17/06/2011

Ada kalanya kita memerlukan sebab untuk mengubah sesuatu pekara menjadi lebih baik atau sebaliknya, kita tak akan jangka keadaan yang akan berlaku hinggalah kita menyedarinya…

Menerima panggilan dari seorang kenalan yang agak lama menyepikan diri begitu jugak dengan aku yang lebih suka diamkan diri tanpa berkata apa-apa sejak kejadian salah faham beberapa bulan lepas..

Bukan bertanya kabar tapi hanya kerana mahu bertanya akan kebenaran berita yang baru dia terima pafi tadi.. tidak mengaa kawan aku senang sekali menjawab soalam itu…

Mungkin aku bukan kawan yang baik hinggap aku terlupa untuk menjaga hati dan perasaan kawan-kawan aku.. mungkin aku lupa cara aku bergurau tidak boleh di terima oleh kawan-kawan aku.. mungkin aku lupa akan ada hati yang akan terluka dengan bicara aku…

Dan bila aku berada dalam keadaan yang sama tapi keadaan yang berbeza aku dapat rasakan kesakitan itu cuma ego aku mengatasinya.. kerana aku tak suka orang lain lihat aku berada dalam keadaan lemah..

tidak mengapa andai aku di tuduh tidak menepati janji yang aku sendiri katakan tapi aku ada jawapan untuk itu.. cuma orang-orang yang tidak berfikir panjang akan memberikan jawapan mengikut kata hati bukannya datang dari fikiran….

Apa yang aku perasan banyak sebab yang telah buatkan aku sedar akan kenyataan yang harus aku terima… dan banyak sebab jugak yang telah mengubah segala pencaturan aku dan jadikan aku seorang yang ego..

kerana banyak sebab jugak buatkan aku tak yakin harusnya ada kejujuran dalam perhubungan… selalunya orang kata dalam perhubungan harus ada kejujuran tapi pada aku untuk apa adanya kejujuran kalau di balas dengan rasa kecewa…

Mungkin akan ada yang kata, apa yang aku tulis nie salah sama sekali.. itu hak masing-masing mahu kata apa.. tapi apa yang sudah aku lalui sebelum ini buatkan aku menulis sebegini…

Sebab jugaklah yang buatkan kita temui apa yang kita cari selama ini, aku jumpa dengan apa yang aku cari selama ni tapi aku harus tinggalkan semua yang aku ada kiranya aku mahu miliki apa yang aku cari selama nieh… aku tahu kita tak akan dapat semua yang kita mahukan .. bila kita mahukan sesuatu kita harus korbankan sesuatu yang lain…

Apa yang aku cari tuh ada di tempat lain yang jauh dari fikiran aku tapi dalam masa yang sama aku harus akur dengan apa yang telah di tetapkan.. dan sebolehnya aku tidak mahu ianya berulang lagi dalam sebuah kehidupan…

Aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang hanya kerana mengejar apa yang aku mahukan selama nie.. memang aku cari sesuatu yang tak ada dalam kehidupan aku tapi bila aku dah jumpa aku harus akur dan aku harus lepaskan nya…

Maafkan aku kerana sebab-sebab itu jugak aku telah melukakan hati kalian terutama …. aku percaya akan ada pembaca senyap yang aku harapkan akan baca entry ini.. walaupun pembaca senyap itu tidak meninggalkan apa-apa jejak tapi aku nampak link dia… aku tahu pembaca senyap itu tidak akan faham apa yang aku mahu katakan kerana aku tak mampu nak jelaskan semuanya…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.