uNTuK aPa

By | 27/05/2011

kenangan lepas banyak ajar aku erti kehidupan yang sebenar, dan buatkan aku jadi lebih tabah untuk lalui hari-hari yang akan datang.. sungguh aku tak pernah rasa kesal dengan apa yang aku lalui satu ketika dulu, pada aku kecewa tak semestinya gagal selama-lamanya..


Aku fikir balik bila aku kehilangan orang-orang yang aku sayang, kalau nak di bandingkan berpisah mati lebih sakit jika nak di bandingkan dengan berpisah hidup.. sebabnya bila berpisah mati aku tak akan dapat tengok orang yang aku sayang buat selama-lamanya.. tapi jika berpisah hidup bila aku rindi aku boleh tengok orang yang aku sayang tuh …

Jumaat tiba lagi, perasaan aku tak tenang saat nie.. seperti tersalah kata pagi nie, mungkin apa yang aku nak sampaikan tidak begitu jelas hingga berlakunya salah faham .. mungkin aku tak seharusnya kata apa-apa…

Tak perlu jujur sangat sebab pengalaman lepas buat aku lebih berhati-hati dalam setiap apa yang aku lakukan .. lagi pun aku tak mahu tanggung risiko andai berlaku apa-apa .. aku lebih jelas akan keadaan sebenar dan aku lebih tahu kebenarannya..

Pagi-pagi dah buat aku marah, tak boleh agaknya kalau tak buat aku marah dalam satu hari…
memang orang susah nak faham kita macam mana, banyak mana pun kita bagi tahu orang tak akan faham dan susah nak faham …


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.