MenCaRi KeTeNaNGaN YanG HiLaNg

By | 23/05/2011

Hati aku dah kosong sangat-sangat sekarang nieh, bagaikan ada yang kurang dan aku seakan mencari sesuatu yang selama ini aku tinggalkan.. Aku mencari kehidupan nyata aku yang semakin aku lupakan.. itu yang aku katakan ada seseorang petang tadi sebelum pulang…


Mungkim sudah tiba masanya aku mengubah apa yang selama ini telah aku tetapkan, jika aku terus dengan tetapan itu sampai sudah aku tak akan miliki sesiapa… paling penting orang yang mahu bersama dengan aku mampu membawa aku ke jalan yang betul bukannya kehidupan aku seperti sekarang…

“kita yang kejam dengan diri sendiri bukannya kehidupan” itu yang dia katakan… sungguh aku menerima apa yang dia katakan pada aku petang tadi dengan hati terbuka tanpa ada rasa marah…

apa yang dia katakan pada aku ada benarnya, cuma aku perlukan masa untuk ubah dari kehidupan sekarang untuk kehidupan akan datang.. aku cuma mahukan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan aku yang penuh dengan keserabutan…

Ada seseorang kata perempuan macam aku nieh tak baik.. tak baik dari segi apa? tak kan lah hanya kerana aku tak pakai tudung dan pakaian aku tak lah sesopan mana terus aku di label begitu… mungkin dia mencari seorang perempuan yang sopan dan sempurna di mata dia tapi belum tentu sifat dalaman perempuan tersebut sempurna seperti yang dia harapkan…

jahat sangat ker perempuan yang di lahirkan di tengah-tengah bandar cam aku nieh… yang dah terbiasa dengan kehidupan bandar… kang aku cakap berjela ada yang sentap dengan aku dan terus hentam aku.. aku diam tak bermakna aku kalah, aku melawan tak bermakna aku kurang ajar… makin aku diam makin pijak kepala aku sapa boleh tahan … dari sakit hati baik balas balik….

mahu membuat pencaturan kehidupan yang baru dalam masa yang terdekat… harap apa yang aku akan rancangkan mampu mengubah kehidupan aku untuk masa akan datang…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.