DuA KeHiDuPaN YanG bErBeZa

By | 26/05/2011

Kehidupan yang berbeza dengan dunia yang berbeza.. sungguh aku tak pernah fikirkan semua tuh sebelum nieh.. berbual dengan seseorang tentang itu buat aku fikir kembali dan dalam masa yang sama aku tanya hati aku adakah aku bersedia tinggalkan semua yang aku ada andai takdir meminta aku berhijrah…



Aku : apa yang bestnya kat kampung?
Kawan : banyak yang best, tenang dan tak serabut
Aku : mesti bosan sebab tak banyak benda best
Kawan : sini RM1000 pun boleh hidup dah
Aku : Rm1000 mana cukup, duk bandar gaji RM8k pun tak cukup
Kawan : tau pun, lagi pun kampung barang semua nya murah..

Aku yang dah terbiasa dengan kehidupan dekat bandar memang tak pernah terfikir untuk berhijrah ke luar bandar tapi andai takdir aku meminta agar aku berhijrah jauh dari bandar… aku tak ada jawapan dan keputusan untuk itu…

memang kehidupan aku dengan kawan itu jauh bezanya, tapi dalam perbezaan itu dia lebih beruntung aku rasa … belajar tinggi macam mana pun tapi kalau tiada pendidikan agama memang out lah jawab nya .. bukan aku tak di berikan didikan agama cuma tak sekuat kawan itu yang lebih pentingkan didikan agama …

terlalu banyak perbezaan antara aku dengan kawan itu tapi ada beberapa hal yang menyamakan aku dengan dia … sebelum nieh ada yang marah dengan aku tentang apa yang telah aku nyatakan tapi aku abaikan semua tuh sebab aku tahu apa yang aku cari tiada di situ …

Aku tak tahu bagaimana takdir aku … bercakap dengan seorang kenalan awal agi tadi buatkan aku terfikir akan kata-katanya ..

“berapa banyak kali nak tolak jodoh yang datang, takut tuhan marah dan tak akan beri jodoh lagi”

itu kata-kata dia yang memberi kesan pada aku… aku fikir laju-laju adakah pada masa lepas aku pernah berkata apa-apa tentang jodoh? rasanya tak ada kerana tiada perjanjian rasmi yang di buat … dan aku pun tak menolak jodoh yang datang dalam kehidupan aku cuma aku cari apa yang aku mahukan dalam kehidupan aku..

pada kawan itu terima kasih kerana telah tunjukkan aku apa yang aku cari selama nieh, dan apa yang aku cari ada di situ cuma biarlah Allah yang tentukan segalanya .. kita hanya merancang tai tuhan yang tentu kan … macam kamu kata, kalau bukan jodoh kita usaha macam mana pun ianya tetap bukan untuk kita ….


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.