Dua Kali Seminggu

By | 30/05/2011

Bagus! Bagus!

Kali ni dah tak ada entri jiwang dari aku.

Hati tengah tak keruan. Nak diturut tak boleh, nak dilawan katanya derhaka pulak karang.

Gila memang gila.

Dulu satu-satunya cara aku nak hilangkan tekanan masa kerja dengan kawan mak aku: usha anak bujang dia. Muka cam Adam. Hensem weh. *single lagi boleh la g usha anak orang. Tapi aku tak flirt. Harap maklum.* Siap mak dia leh perasan kut aku usha si Amin tu. Siap leh kata “Eh, engko jadi menantu aku je la”. Aku kata NO!

Mak ayah aku tak pernah tau pasal ni – dulu. Tapi sekarang aku tak tau la. Ni dah berapa kali mak asyik cakap pasal Cik Moon nak aku kerja dengan dia. Gila! Tiga minggu kerja aku dah collapse. Tiap-tiap hari masuk kerja pukul 7 balik pukul 6, gaji RM30 sehari – memang lumayan.

Tapi aku tidur pukul 1 pagi (mak tak bagi aku tidur lepas balik kerja sedangkan masa tu badan dah letih giler, dahlah aku ni ada insomnia. Bila dah bangun tu susah nak tidur balik) dan setiap hari perlu angkut barang turun naik tangga UTP untuk katering – badan aku tak mampu tampung kerja berat dengan tak cukup rehat. Robot pun boleh berkecai. Dan lagi parah – mak tak bagi aku ambil cuti dan tak percaya aku sakit *pernah ke mak percaya aku sakit? sedangkan nak tau aku ada migrain pun ambil masa sampai 8 tahun*. Masa tu memang aku dah rasa tak nak balik Perak selama-lamanya. Duduk Arau lagi bagus.

Kenapa aku suka duduk kat Arau daripada Perak? *walaupun ada orang kata dah sesak nafas baru beberapa jam kat sana sebab terlampau panas*

1. Sewa rumah aku kat Arau dah confirm aku kena bayar.

2. Tak payah fikir fasal nak mengemas banyak barang – sebab aku bukan jenis suka serakkan barang – kat rumah, semalam aku kemas sebelum balik asrama, siap sembur minyak wangi lagi, esoknya bila aku balik (masa tu nak pergi Melaka) dengan stokin bersepah atas lantai, baju sekolah atas katil, tilam tak kemas, buku berterabur, dan of course bau stokin!

3. Tak payah nak bergaduh dengan mak fasal benda remeh temeh – bangun pagi bukan nak buat sarapan bla3 *padahal aku buat bukannya ada orang makan pun. Kat rumah tu normal orang makan pukul 10, 3 jam lepas aku pergi kerja. Nak makan benda sejuk? Jangan haraplah. Dan masa tu adalah waktu masak untuk makan tengahari*, pergi kerja tak jemur kain *kain baru je nak mula dibasuh – dan dari sekolah rendah aku selalu lambat pergi sekolah sebab aku kena habiskan jemur kain sebelum pergi sekolah. Kalau tak tau la akibatnya. Kat sekolah aku kena denda sebab datang lambat. Kat rumah lak aku kena marah sebab keluar awal sangat?*

4. Mak boleh suruh aku bayar sewa rumah.

Ok fine! Memang aku tak ngam dengan mak aku pun!

Aku lagi sanggup tak payah jumpa mak bertahun-tahun daripada setiap kali jumpa asyik bergaduh. Semua salah. Aku telefon pun salah. Tak telefon pun salah. Miss call pun salah. Habis tu nak aku buat apa? Campak henset dalam laut? *memang dah layak campak ke laut pun. Berapa kali dah mak suruh buang. Tapi kalau aku buang nanti aku tak ada henset pun susah. Aku selalu sesat*

Mak, mak suka sangat kerja yang Cik Moon nak bagi tu, mak je g kerja ngan dia sana – boleh keguguran. *Kalaulah aku boleh cakap macam ni ngan mak aku kan best.*

Dan apa yang dua kali seminggu?

Dua kali seminggu aku meroyan sebab mak.

Dua hari lepas ada orang kata mak pregnant lagi. Yang ke-10. Patut ke tak aku meroyan?

Kalau aku cuba minta bantuan kewangan dengan siapa-siapa pun, aku cuma akan kena gelak je. Sebabnya? Yang pertama, ayah aku kerja dengan Petronas. Dalam fikiran orang dah diset – pekerja Petronas gaji besar. Yang kedua, memang besar pun gaji ayah aku. 5k sebulan. Hutang? Aku rasa adalah dalam 300k kut.

Tiap-tiap sem akulah yang berhutang dengan kawan-kawan rumah aku nak bayar duit sewa, dan makan dua minggu sekali adalah benda normal untuk aku. Ni dah tak bagi aku kerja dengan makcik aku lak? Duit makan aku dah short 6 bulan. Nak suruh aku makan apa? Kertas? Nak minta duit kat mak? Jangan haraplah. Kalau aku kerja dengan mak, aku dapat 30 sebulan. Duit makan aku seminggu pun tak lepas.

Dan tambah anak lagi? Ini alaf 21. Macam-macam cara nak prevent pregnancy tapi tak pakai pun. Nak kata tak ada pelajaran, tinggi dah kut belajar. Budak sekolah pun tau nak prevent pregnancy macam mana. Eh, tak percaya? Form 3 belajar tau step2 nak prevent pregnancy. Sila jangan nafikan. Kecualilah korang main pemadam dalam kelas sains.

NotaBuku:
Nampak giler kan aku tengah meroyan? (Mata dah bengkak lagi dan aku tak boleh nak hubungi dia mengadu pada dia. Aku tak nak ganggu dia rehat.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.