BuKaN aKu TaPi DiA

By | 04/04/2011

Sahabat sejati adalah seseorang yang akan sentiasa bersama dengan kita walau bagaimana jua keadaan kita…… kekadang kerana telusnya hati seorang sahabat itu…. kelembutannya…. ketenangannya membuatkan kita sangat mengagumi dirinya..

kerana itu jua kekadang kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah jatuh hati kepada sahabat kita sendiri… untuk menyatakannya kita tidak mampu….sahabat yang sejati mampu menjadi seorang pendengar yang baik…. sama sama mengungkai masalah dan sentiasa menjadi pendorong kepada kita …. walaupun kekadang dia sendiri berhadapan dengan kepayahan dan masalah tetapi dia masih mahu menjadi pendengar… penasihat dan teman yang setia ….
kekadang daripada matanya yang redup kita dapat melihat kedukaan yang disembunyikan hanya kerana tidak mahu kita merasa kesusahan yang di alaminya…. dia ingin melihat kegembiraan di wajah kita dgn menyembunyikan duka dihatinya sendiri….

dia bijak dalam menegur dgn cara yang penuh berhikmah….. dan sebagai sahabat kita perlulah menilai tegurannya itu… kerana dari situlah kita mampu menilai tingkah laku dan peribadi diri kita sendiri……. dia menegur bukan kerana dia dengkikan kita… tetapi kerana menyayangi sahabatnya…..
kerana itulah kekadang kita… tanpa sedar rupanya telah jatuh hati kepada sahabat kita itu…. tetapi kerana perhubungan murni yang terjalin itu hanya dasar persahabatan dan menghormatinya …. kita hanya mampu menjadi sahabat baik untuk dirinya…..

menjadi sahabatnya…. mungkin adalah yang terbaik …. tiada rasa kejanggalan …. dan dia juga senang dgn perhubungan persahabatan yang terjalin…. sesungguhnya aku bersyukur diperkenalkan dengan sahabat sebaiknya ….. biarlah perhubungan persahabatan ini kekal keakhirnya tanpa di calari …..
sayangilah dan hargailah sahabat anda….. kerana apabila perpisahan hakiki yang terjadi kelak…. apabila di pisahkan oleh dua alam….. tentu anda akan menyesalinya kiranya anda terlambat untuk menghargainya ……. sesungguhnya setiap lilin itu akan mati dan cair juga…. tetapi setiap ukhuwwah tetap akan terjalin dan terpahat di dalam sanubari sekiranya ia terjalin dengan sebuah keikhlasan dan saling menghormati ….

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.