BLoG | KaTa DaRi HaTi aKu

By | 28/04/2011

Agak lama aku peratikan apa yang berlaku dalam dunia blog nie, aku bukan orang yang pandai sangat nak cakap pasal blog nieh tapi aku akan kata ikut apa yang aku peratikan…


Kebanyakan mereka nieh bila masuk blog orang lain tempat pertama yang mereka cari adalah chat box dan hanya tinggalkan link tanpa baca apa yang tuan blog tuh tulis … dan mesti akan ada yang minta singgah blog mereka balik…

macam tuh ker caranya?
pada aku itu tak sepatutnya berlaku, sekurang-kurannnya baca lah dulu apa yang tuan blog tuh tulis dan tinggalkan komen ker apa ker… ini just tinggalkan link dan minta balas kunjungan semula..

lagi satu hal belambak pulak pesanan perniagaan yang di tinggalkan dekat kotak chat box tuh.. memang tak salah nak promot tapi beragak lah sikit… tak payah lah pergi blog lain tinggalkan pesanan yang sama kan…

memang aku hangin dengan keadaan macam tuh sampai ada kawan-kawan aku tanya sejak bila pulak blog aku jadi tempat jual barang.. jadi bila ada pesanan yang macam tuh aku tak akan teragak-agak akan padam terus kalau masih sama jugak aku terus banned ip mereka … tak pun banned terus url mereka … acik tak?

beberapa hari lepas aku ada baca status salah sorang admin dekat blogger’s malaysia pasal ada sesetenga blogger yang ping merata entry mereka sedangkan entry macam sampah…

ok fine !!! aku terasa tempiasnya jugak sedikit sebanyak .. tapi biasanya kalau aku rasa entry aku tuh agak-agak macam sampah aku tak lah ping merata hala… buat malu jer … dan aku memang malas nak ping entry sendiri dekat mana-mana…

jadi dari masa kesemasa aku cuba perbaiki cara penulisan aku, supaya nampak lagi best untuk di baca..

Lagi satu yang aku tak faham sangat-sangat kenapa ada blog yang gunakan perkataan rempit yang buat orang malas nak baca.. dalam penulisan biarlah guna bahasa betul jangan rosakan bahasa.. nak canggih dan moden sangat bukan tak boleh tapi biar lah bertempat..

serabut aku baca blog yang macam tuh dan akan buat aku hilang mood nak teruskan aktiviti aku… dan tak payah kot nak letak lagu kuat-kuat dalam blog.. buat orang sakit jantung.. dah lah loading lambat macam sikura…

faham-faham jer lah keadaan internet dekat malaysia nieh bukan nya bagus mana pun .. jadi kesaian lah pada blogger yang limit kelajuan internet mereka….

masuk blog aku pun ada lagu jugak tapi itu radio internet jadi tak kan aku nak buang pulak kalau tak nak dengar boleh mutekan bunyi radio tuh..




One thought on “BLoG | KaTa DaRi HaTi aKu

  1. Siti Nurhayati Dollah

    Assalamualaikum.

    Kali pertama datang sini. Yati pun tak suka orang yang tuju chatbox dan bagi ayat paksaan gitu. Huhu.

    Kalau masuk blog, yati cari tempat komen dulu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.