Bila Kau Rasa Kau Matang – Benarkah dan Apa Sebenarnya Sebuah Kematangan

By | 14/04/2011

Usia kematangan yang “diiktiraf” di Malaysia secara tidak formalnya adalah usia 25 tahun. Sebelum usia ini, cubalah katakan apa sahaja. Tidak ada orang yang akan memandang kamu serius.

Usia kematangan secara formal pula adalah 21 tahun. Ini termaktub apabila kita melihat kembali syarat untuk mendaftar sebagai pemilih/pengundi adalah pada usia 21 tahun. Tapi apa saja yang kita bisa lakukan pada usia ini? Yang mengambil diploma, sedang memegang hutang sebanyak RM15000. Yang mengambil ijazah, sedang belajar dan belum tentu tamat.

Tapi matang seseorang itu tidak dapat ditentukan oleh sesiapa. Matang itu sesuatu yang abstrak, tidak dapat diukur. Tidak ada pembarisnya sebagaimana orang mengukur tanah.

Kenapa tiba-tiba nis bercakap tentang matang?

Bukan apa. nis baru teringat hendak menulis tentang ini apabila teringat tawaran Fida Aishah untuk menulis di blog Adifstory. Fida Aishah meneka nis sekitar usia 22-23 tahun, dan tekaan ini adalah sekitar 5-6 bulan yang lalu.

Tapi nis tak hairan kalau dia meneka begitu. Sebabnya sejak di bangku sekolah lagi bila orang tanyakan umur nis, nis akan suruh teka dan itulah angkanya. Malah ada yang tersasar sejauh 25-26 tahun – 10 tahun lebih matang?

Dalam dunia kita sekarang ini – realiti dan maya – kematangan adalah sesuatu yang sangat penting. Betapa tua pun kamu di dunia realiti, tetapi tidak bertindak mengikut usia, maka orang sekeliling akan mencemuh. Betapa muda pun kamu, tapi sikap kamu seperti orang dewasa, kamu akan dihormati seperti selayaknya orang dewasa.

Hargai kedewasaan dan kematangan yang sudah kamu miliki. Jangan hilangkan ia dan tenggelam dalam – bahasa, sikap, kata-kata, tabiat – keanak-anakan. Hormati diri sendiri dan orang akan hormat kepada kamu.

NotaBuku:
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan kepada anda oleh DJ Aleeya di GomoFM – Gomo Sampai Berbuih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.