aKu YanG TenGaH SeRaBuT

By | 19/04/2011

im back !!!!


Ada sesiapa rindu dekat aku tak? tau dah korang mana rindu dekat aku kan jadi aku pun malas nak rindu dekat korang… Mana aku rindu dekat korang lah, nampak sampai berhabuk dah blog aku nieh sebab tak terjaga… bukan tak nak update cuma mood tak ada nak buat macam tuh dan banyak sangat halnya tuh yang malas nak update…

banyak benda yang aku nak citer kat korang nieh, cuma aku tengah sibuk lepak dekat gomofm tuh dari pagi sampai lah malam jadi mana ada masa… wakakaka ada yang makan hati dengan kenyataan aku kan …

memang aku sengaja diamkan diri sejak beberapa hari nie, banyak pekara yang berlaku hingga buat aku tak terdaya nak hadapinya.. tapi kerana mereka semua aku masih lagi berada di sini…

Ramai pulak yang tak bagi aku tutup blog kaki gosip tuh, ramai pulak yang kata kalau tak ada gosip tak meriah lah.. tapi ramai yang tak tahu apa yang aku lalui sepanjang aku manage blog kaki gosip tuh.. aku pun sayang jugak nak tutup blog kaki gosip tuh …

Selepas aku bincang dengan dua orang penasihat yang tak bertauliah akhirnya aku putuskan untuk tukar url blog dan title blog dan keseluruhan format asal blog tersebut tapi masih kekal kan entry lama yang sedia ada…

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku bersama mereka, banyak yang aku belajar sebenar nya.. dan mereka buat aku gembira walaupun kadang kala agak serabut dengan telatah mereka … sedar tak sedar juga 3 bulan aku menyubangkan suara yang tak berapa nak sedap nieh kat radio gomofm tuh…

Sekarang nieh pun makin ramai Dj baru dekat radio gomofm, semua ada kehebatan masing-masing.. memang aku jarang keudara sekarang nieh bukan malas cuma tekanan line internet aku yang macam sikura buat kan aku tak ada mood sangat…

hari-hari ada jer benda yang aku kena jawab, hal remeh pun aku kena jawab jugak ker? dah lah dokumen atas meja ofis aku bertimbun tambah dengan aduan yang buat aku serabut… pagi-pagi jangan lah buat aku bad mood memang aku akan down sampai petang …




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.