Aku Memang Annoyying. Jadi?

By | 18/04/2011

Mungkin aku tak cukup prihatin dengan apa yang orang kata tentang aku. Tapi tadi ada orang sampaikan kepada aku sesuatu yang aku tak perasan selama ni. Tapi walau apa pun terjadi kebenaran tu memang sesuatu yang pahit untuk ditelan kan?

Dunia maya aku berkembang lebih setahun yang lepas. Di dunia ni aku dah buat banyak benda yang mengubah persepsi aku tentang diri aku. Keyakinan aku terhadap kemampuan aku. Pergaulan sosial aku.

Aku bukan jenis yang memaksa melainkan keadaan yang memaksa aku jadi macam tu.

Aku bukan jenis orang yang suka jadi glamor, tapi aku nak orang kenal aku sebagai aku bukannya sebagai anak orang tu dan orang tu.

Aku dalam dunia sebenar takkan bercakap melainkan yang perlu, ataupun bila ada topik yang seronok untuk dibincangkan. Sampaikan ayah mak aku sendiri pun cakap aku ni tak bercakap di rumah dengan mereka. Sebab bagi aku apa yang berlaku di kampus tak semuanya mereka perlu tahu.

Aku di dunia sebenar bila ber ke bumi tak pandang orang melainkan orang yang aku dah biasa jumpa.

Aku suka berkawan, itu memang sikap aku di kedua-dua dunia. Tapi aku memilih kawan berdasarkan keserasian aku dengan dia. Kalau serasi, aku akan terus berkawan. Kalau tak serasi, mungkin aku akan diam, atau dia yang diam. Kalau tak serasi tapi dia bising juga nak kawan, aku pun ikut bisinglah.

Kalau ada orang baru, selalunya aku yang sibuk layan itu ini. Jadi nak salahkan aku juga ke? Dah kalau orang tak layan dia, akulah yang layan. Salah ke?

Kalau orang berbual hal yang macam tak perlu masuk campur aku takkan masuk campur. Kalau perlu sesuatu yang tak boleh disebut depan semua orang aku akan pm. Kalau nak maki orang aku berlapik dan aku takkan maki sesuka hati aku. Kalau nampak paling teruk pun aku akan cakap mongek, bongek, ngek. Itu je kut. Orang paling teruk pernah aku maki, orang yang cuba curi karya aku, bukan sekali tapi dua kali dan mungkin tiga sebab aku tak periksa di Alaf21, PTS dan sebagainya.

Aku tak suka tag orang. Aku tak suka like status orang. Aku tak komen merapu di blog kecuali kalau aku memang rapat dengan orang tu.

Aku sarkastik pada sesetengah kes. Aku akan tunjuk bukti bahawa aku betul kalau aku betul. Tegakkan kebenaran tu rupanya annoyying, ya?

Gurau aku memang kadangkala kasar tapi namanya pun gurauan. Dalam dunia sebenar aku tak guna pun perkataan “aku” apatah lagi nak guna gua lu.

Orang takkan faham kenapa aku jadi macam ni kecuali dia kenal aku dan kenal sejarah aku dan keluarga aku.

Maaflah kalau aku mengganggu hidup korang. Aku dah sedaya upaya nak limitkan kehadiran aku dalam dunia orang lain sampaikan ada orang kata aku ni hidup dalam dunia aku sendiri je. Memanglah. Semua orang hidup dalam dunia dia sendiri je dan includekan satu demi satu orang lain yang dia nak includekan.

Aku salah ke? Oklah. Kalau betul salah, aku minta maaf ok.

One thought on “Aku Memang Annoyying. Jadi?

  1. Mia Namia

    abaikan jer apa orang nak kata … penat kalau nak jaga sangat hati orang sdang kan hati sendiri terasa sakit .. asalkan kita tahu apa yang kita buat tak cukup

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.