AiR PeRiGi | buDaK BaNDaR MaSuK KaMPuNg

By | 02/04/2011

Jangan tak percaya awal aku bangun.. Selalunya jangan harap aku nak bangun awal macam nie.. Tido dekat rumah orang aku memang akan bangun awal, tak selesa kot nak tido lama-lama walaupun rumah makcik aku..

Pagi-pagi dekat kampung kan memang sejuk, tapi sape entah yang gatal tangan pasang aircorn bertambah lah sejuk.. Dah tutup aircorn pun sejuk lagi..

Rumah makcik aku yang dekat bukit merah nie je yang masih ada perigi dalam bilik air.. Memandangkan aku dah belas-belas tahun tak rasa nikmat mandi air pergi, rasa best pulak dapat mandi air perigi.. Walaupun sejuk tak hingat..

Budak bandar masuk kampung jadi jakun kejap bila benda yang ada dekat kampung tak ada dekat bandar..

Malam tadi dah lah aku gelak tak hingat bila mak aku dengan makcik aku guna bahasa bugis yang aku tak tau ape maksud nya.. Cuma beberapa perkataan jer yang aku faham..

Ingat lagi masa aku kenakan sepupu aku yang tinggal dekat gong badak terengganu beberapa tahun lepas.. Masa tu ym je dengan dia.. Aku yang start dulu guna bahasa bugis tu dengan dia dengan bantuan mak aku..

Sepupu aku tu dah hangin gila bila dia teka semua sepupu-sepupu dan makcik-makcik yang lain.. Dia tak sebut pun nama aku.. Sebab dia tahu aku mana tahu bahasa bugis tu…

Misi jelajah perak akan di teruskan hari nie.. Harap boleh masuk bukit merah lake town .. Boleh beli ape-ape untuk kawan-kawan..

Ok nanti sambung update lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.