Yang Terbaik

By | 22/03/2011

Ku selalu memikirkan tentang kita

Apa punya harapan yang dikejar

Kerna aku masih penuh rasa ragu

Melihat kau seperti tak bersungguh

Jika kau mencinta berikanlah ku rasa

Diriku dah berikan yang terbaik

Dan bukannya nak mengungkit

Siapa benar siapa salah

Siapa menang siapa kalah

Dah berikan yang terbaik

Memaksa hati merisik

Mungkin kau bukan teman hidup yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintaimu

Dan harapkan di sana pun begitu

Tetapi kau tak luahkan perasaan

Apa lagi memberikan ku kasih

Jika kau mencinta berikanlah ku rasa

 

NotaBuku:

Aku merasakan cintaku terbalas. Cuma tak tahu apa hujungnya bahagia atau terpisah. Semua orang impikan bahagia. Tak sabar menantikan detik pertemuan. Kerana di situ nanti baru aku tahu dia benar atau tidak mencinta. Dan di sana nanti akan jadi titik penentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.