Tetap Bertahan di Sini

By | 01/03/2011

Ya, hidup ini penuh dugaan. Dari satu ke satu. Memang tak dapat dielak lagi.

 

Sepertimana kita di atas jalan yang lurus saja boleh tersadung kaki walaupun tidak ada apa-apa yang boleh menjatuhkan kita, seperti itu turun naik pergolakan hidup.

 

Dan lidah dan gigi yang sejak azali berada bersama pun boleh tergigit inikan pula hari demi hari yang kita hanya lalui sekali sepanjang kewujudan kita.

 

Kadangkala hidup ini seperti tidak bermakna lagi. Tapi tak bererti dunia kita sudah berakhir di situ.

 

Ingatlah, masih ada yang sayang. Masih ada yang prihatin.

 

Aku juga begitu. Turun naik hidup aku kadangkala tak terjangka. Hari ini aku menangis lima minit, esok mungkin aku menangis satu jam. Lusa aku akan tertawa dua jam.

 

Tangis aku walaupun kadangkala tak ada yang dengar, aku tahu tetap ada yang mahu merasakan sakit aku. Ada yang mahu sama membantu.

 

Ya, aku sedih hari ini. Pagi tadi aku menangis lagi dan abang pujuk aku. Sepanjang kelas pagi aku menangis. Hampir dua jam. Aku tahu abang peduli tapi aku tak mahu bergantung kepada abang semata-mata. Kasihan abang.

 

Bukan bermaksud aku mahu bergantung kepada orang lain. Seperti yang aku katakan tadi, hidup ini tidak boleh terjangka.

 

Jangan pilih jalan singkat. Membunuh diri bukan penyelesaian. Ya, aku tahu membunuh diri bukan penyelesaian. Tapi bila aku terlalu sedih atau terlalu marah aku tak mampu menelan sebutir nasi pun. Terpaksalah aku cari jalan lain.

 

Kalau aku berdiam diri mungkin sekarang aku sudah di hospital kerana gastrik; atau di rumah dengan bebelan ibu kerana aku tak makan dan bla bla bla.

 

Nota Aku:

Laling, rehat yang cukup. Makan yang cukup. Tidur yang cukup. Masalah dunia tak akan berhenti. Jangan ditambah. Moga cepat sihat.

One thought on “Tetap Bertahan di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.